Tonton drama adaptasi novel 'Sabarlah Duhai Hati' karya Mimie Afinie akan
mengisi slot Akasia TV3. Menemukan gandingan Saharul Ridzwan dan Amyra Rosli.
Diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading, arahan Mohd Fazli Yahya.
JUDUL : SABARLAH DUHAI HATI #sabarlahduhaihati
FULL EPISOD : 1-35
TARIKH TAYANGAN : Ramadan 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS SKRIP : Rehal Nuharis
PENGARAH : Mohd Fazli Yahya, Eez Jalaluddin
PRODUKSI : Suhan Movies & Trading
PELAKON : Saharul Ridzwan, Amyra Rosli, Aiman Badrul, Puteri Sarah Liyana,
Izzue Islam, Iman Suhana, Fadilah Mansor, Balkisyh Semundur Khan, Haleeda,
Emelda Rosemila, Kodi Rasheed, Hisyam Bakar, Danish Hazriq, Pablo Amirul
WATAK PELAKON
Saharul Ridzwan sebagai Affan
Amyra Rosli sebagai Fira
Aiman Badrul sebagai Danish
Puteri Sarah Liyana sebagai Dian
Izzue Islam sebagai Nazim
Iman Suhana sebagai Nadia
Fadilah Mansor sebagai Opah
Balkisyh Semundur Khan sebagai Mak Teh Zana
Haleeda sebagai Laila
Emelda Rosemila sebagai Shima
Kodi Rasheed sebagai Rizal
Hisyam Bakar sebagai Pak Teh
SINOPSIS SABARLAH DUHAI HATI
Setelah kehilangan kedua-dua ibu bapa, Nur Syafira bertanggungjawab menjaga
adik kecil, Danish yang sebelum ini dibencinya.
Bagi mengelak rancangan Opah, Affan memilih Fira untuk dijadikan isteri.
Mereka rapat semasa kecil, tetapi kisah lama yang memalukan membuatkan Fira
cuba mengelak bertentang mata dengan Affan.
Perkahwinan Affan dan Fira mendapat tentangan dari Nadia, sepupu Affan yang
hendak dijodohkan Opah dengan Affan.
Rumahtangga mereka sentiasa diuji sehinggakan Fira menghilangkan diri.
SINPOSIS NOVEL SABARLAH DUHAI HATI
Dugaan berat yang menimpa, merubah seluruh hidup Nur Syafira. Saat bergelut
dengan ujian, dia tiba-tiba dilamar untuk Muhammad Affan. Sungguh, dia tak
percaya.
Tegur pun tak pernah, tiba-tiba nak jadikan dia isteri. Lagipun, dia masih tak lupa cerita lama. Cerita memalukan yang hanya mereka berdua saja yang tahu. Hatinya kuat mengatakan Affan terpaksa. Affan hanya menurut kehendak orang tua tanpa rela.
Namun, kalau dah tertulis jodoh mereka, elak macam mana sekalipun, tetap
bersatu juga. Walau dihati ada curiga, Fira tetap mengharap bahagia.
“Sejak bila abang suka Fira?”
“Sejak Fira curi hati abang.”
“Abang kan pernah cakap, abang tak suka Fira. Abang takkan kahwin dengan
Fira.”
Tawa Affan memecah suasana hening malam. Kuat dan lama.
Dalam suram cahaya lampu, Fira pandang suaminya. Geram dengan suara tawa
itu.
“Ini cerita tahun bila Fira bawa keluar ni?”
“Tak kisahlah tahun berapa pun, yang penting abang pernah cakap macam tu,
kan? Kecil hati Fira, tau!”
“Kecik hati dengan abang la ni?”
“Memang pun. Dah buat orang macam tu, pandai pulak ajak orang kahwin. Tak
malu.” Fira mengejek.
Lagi sekali Affan hamburkan tawanya.
Bahagia yang disangka sampai ke petang, rupanya masih ada halangan dan
rintangan.
“Kalau you nak tahu, bukan Affan yang nak sangat kahwin dengan you tapi mak
teh yang paksa dia. Sebabnya mak teh kesiankan you.” - Nadia
Mampukah Fira terus memujuk hatinya supaya bersabar dan bertahan? Atau sudah
sampai masanya untuk dia mengalah dan lepaskan segalanya?
#fullepisod #tontonfullepisod #tontonsabarlahduhaihati #adaptasinovel
PARA PELAKON SABARLAH DUHAI HATI
Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5 Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10 Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 15 Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20 Episod 21 Episod22 Episod 23 Epiosd 24 Episod 25 Episod 26 Episod 27 Episod 28 Episod 29 Episod 30 Episod 31 Episod 32 Episod 33 Episod 35