eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Cukup Derita Itu 2 Lakonan Ruhainies,Hisyam Hamid

 

Tonton kesinambungan drama Cukup Derita Itu musim kedua, karya Siti Rosmizah bermula 15 November ini jam 10 malam di slot Samarinda TV3.

JUDUL : CUKUP DERITA ITU MUSIM 2
FULL EPISOD : 1-20
TARIKH : 15 November 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
RANGKAIAN : Samarinda TV3
PENULIS SKRIP : Falriqz Naail, Zuyyin
PENULIS NOVEL : Siti Rosmizah
PENGARAH : Along Kamaludin
PRODUKSI : SR One Sdn Bhd

WATAK PELAKON
Hisyam Hamid sebagai Zarul Zafran
Ruhainies sebagai Ellani
Chacha Maembong sebagai Ellana
Lia Natalia sebagai Salwa
Didie Alias sebagai Mak Yek 
Dian P Ramlee sebagai Mak Long
Rosnah Johari sebagai Datin Mahani
Samsuri Shahrom sebagai Pak Long Ajis
Jasmin Hamid sebagai Mak Gayah
Sera Melissa sebagai Ayu
Mubarak Majid sebagai Mat Terup
Fahrin Ahmad sebagai Fariz
Farhan Asri sebagai Amirul 

LAGU TEMA (OST)
CukupDeritaItu - Siti Nordiana
Pergilah Derita - Asfan Shah & Lia Aziz

SINOPSIS CUKUP DERITA ITU
Mengisahkan tentang kehidupan pasangan kembar Ellani (Ruhainies Farehah) dan Ellana (Chacha Maembong) yang telah kematian kedua orang tua dan dibesarkan oleh ibu saudara mereka, Mak Ngah Gayah (Jasmin Hamid). Walaupun dibesarkan oleh ibu saudara, Ellani dan Ellana dilayan tidak sama. Ellana dilayan bagaikan puteri manakala Ellani dilayan seperti hamba. Entah apa alasannya.

Setelah dewasa, Ellana bertemu dengan Zarul Zafran (Hisyam Hamid), seorang lelaki tampan berjawatan sebagai pensyarah. Cinta pandang pertama telah membawa mereka ke gerbang perkahwinan. Tetapi, Zarul telah terlibat dalam sebuah kemalangan sebelum perkahwinan itu berlangsung.

Zarul hilang ingatan dan tiba-tiba berubah hatinya kepada Ellani dan melamar Ellani untuk menjadi isterinya. Ellani tidak keruan manakan bakal abang iparnya ingin menjadi suaminya pula.

Namun, demi kebahagiaan Datin Mahani (Rosnah Johari) yang telah dianggap seperti ibu, Ellani akur dengan ketentuan jodohnya. Zarul Zafran akhirnya menjadi suaminya. Berbagai onak dan duri dilalui.

Dendam Mak Ngah Gayah dan Ellana menyebabkan hidup Ellani penuh dengan duka. Lelaki yang telah menjadi suaminya mula berubah hati dan mengejar semula cinta Ellana hingga sanggup menceraikannya melalui SMS.

Bagaimanakah nasib Ellani setelah diceraikan? Adakah hubungan yang telah putus itu dapat disambung semula? Adakah sinar bahagia menanti Ellani di akhirnya?

Cukup Derita Itu Episod Akhir (20)
Ketika sedang menoreh getah bersama suaminya, mata Ellani seperti hendak terjojol melihat pokok getah yang ditoreh suaminya. Ellani tiba-tiba naik angin dengan suaminya kerana merosakkan pokok getah kerana Zarul bukannya menolong tetapi menyusahkan dirinya lagi. Sudah berbuih mulutnya menghalang agar jangan menoreh tetapi Zarul berdegil. Mendengar isterinya membebel geram, Zarul minta maaf. Dia cuba hendak buat yang terbaik untuk isterinya, tidak mahu isterinya bersusah payah bekerja tetapi niat baiknya menjadi sebaliknya. 

PROMO CUKUP DERITA ITU MUSIM 2


PARA PELAKON CUKUP DERITA ITU MUSIM 2
PARA PELAKON CUKUP DERITA ITU MUSIM 2 2

PARA PELAKON CUKUP DERITA ITU MUSIM 2 4

PARA PELAKON CUKUP DERITA ITU MUSIM 2 6

PARA PELAKON CUKUP DERITA ITU MUSIM 2 8