Sebentar tadi, kita dikahabarkan dengan kematian seorang kanak-kanak berusia 2 tahun yang terlibat dalam kebakaran melibatkan 2 buah rumah hangus dijilat api,manakala lima yang lain termasuk bayi perempuan berusia lapan bulan cedera dalam kebakaran di Jalan Permatang Badak Perdana 2
Bapa menangis meraung tak sempat selamatkan anak
Satu video tular , menunjukkan raungan sayu ibu bapa kanak-kanak 2 tahun terbabit yang terkilan anaknya berada di dalam api yang marak, dan tidak dapat diselamatkan.
"Ya Allah anok bang anok anok anok ""Mana...""Anok dalam rumoh""Allahuakhbar..."
Kata jiran, rumah terbakar sebab tong gas
Menurut satu komen yang dipercayai jiran terdekat, difahamkan punca kebakaran adalah kerana tong gas yang meletop dari percikan mercun.
Difahamkan bapa mangsa yang merupakan penjual mercun menjadikan rumah sebagai stor mercun, mengakibatkan rumah mereka terbakar hangus.
"Bila dia sebut anak dalam rumah, hati aku hancur..."
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sebak dan terkilan dengan pemergian anak syurga tersebut di samping sayu mendegar tangisan seorang bapa yang kehilangan anak tersayang.
Walaubagaimanapun, punca sebenar belum diketahui dan kini masih dalam siasatan polis.
sumber:Sinarharian,r3dchai_crew