eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

“Doakan saya..” Zamani Minta Peminat Usah Risau Fizikalnya Makin Bongkok

 


Selepas tular video persembahan nyanyian dalam keadaan ‘bengkok’, penyanyi Zamani menjelaskan bahawa keadaan itu tidak menjejaskan tahap kesihatannya yang baik dan sihat.

Penyanyi berusia 51 tahun itu berkata, dia masih mampu untuk menyanyi selain menjalani rawatan susulan berhubung penyakit scoliosis yang dihadapi.

@annasoffiya 🦋🌼🍃🌹#iftar2022 #fypシ #fyp #foryou ♬ original sound - Anna Soffia

“Hanya bentuk tubuh saya sahaja berubah, tetapi tahap kesihatan saya masih baik. Dari segi nyanyian, memang tiada masalah langsung.

“Jadi, kepada peminat, usahlah risau. Lagipun, saya masih menjalani rawatan dari semasa ke semasa. Doakan semoga penyakit saya segera sembuh,” katanya.

Malah, penyanyi lagu Syair Si Pari-Pari itu enggan berkongsi lebih lanjut mengenai keadaan penyakitnya kerana tidak mahu ia diperbesar-besarkan terutama dalam kalangan peminat.



“Cukuplah setakat ini sahaja mengenai penyakit yang boleh saya kongsikan. Kalau ikutkan, saya memang tidak mahu mengulas apa-apa kerana tidak mahu ia diperbesar-besarkan.

“Apapun, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat yang cukup prihatin dengan keadaan kesihatan saya,” ujarnya.