eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

“Kesian Lama Dah Sakit” Ramai Simpati Keadaan Zamani Terkini

 


Merupakan seorang penyanyi yang cukup terkenal di era 1990-an, Zamani yang juga vokalis bagi kumpulan Slam ini masih dikenali ramai hingga kini. Kemunculannya dalam rancangan Gegar Vaganza telah membuatkan namanya semakin dikenali bagi generasi kini.

Namun begitu, ramai yang sedia maklum akan keadaan kesihatan Zamani Slam menghidapi skoliosis atau dalam kata mudahnya masalah tulang belakang melengkung sejak dua tahun lalu. Baru-baru ini pula kehadiran Zamani Slam yang membuat persembahan di Bangi Avenue Convention Center (BACC) telah mencuri perhatian ramai.

Ini kerana keadaannya yang nampak semakin membongkok membuatkan ramai kasihan dengan penyanyi lelaki bersuara lunak merdu itu. Malah perkongsian rakaman keadaan Zamani terkini ketika menyanyi di pentas itu telah dikongsikan menerusi telah meraih perhatian warganet.

Berikut adalah perkongsian rakaman yang memaparkan penyanyi ini sedang membuat persembahan tersebut:

@annasoffiya 🦋🌼🍃🌹#iftar2022 #fypシ #fyp #foryou ♬ original sound - Anna Soffia

Disebabkan rakaman keadaan Zamani terkini ini tular, ramai yang menitipkan kata-kata positif buat penyanyi disayangi ini.

sumber:annasoffiya