eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Lagu Muah Muah Raya DSV dihentam teruk netizen "Semua Lagu Dia Ada Muah"

 


Raya bakal menjelma kurang dari beberapa hari saja lagi dan makin banyak lagu raya baharu dikeluarkan di saluran Youtube yang terdiri daripada pelbagai genre lagu.

Namun begitu, tidak semua lagu raya baharu menepati citarasa para pendengar pada masa ini kerana ia dikatakan agak keterlaluan sehingga tidak menghormati kemuliaan Syawal seperti usahawan kosmetik kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri.

Dato Seri Vida keluarkan lagu Muah Muah Raya
Terbaharu, seorang lagi usahawan kosmetik kontroversi, Dato Seri Vida tidak melepaskan peluang bagi mengeluarkan lagu raya baharu yang dinyanyikan oleh dirinya sendiri dan dikatakan akan menaikkan mood perayaan.

Difahamkan, lagu Muah Muah Raya sudah dimuat naik di saluran Youtube DSV Entertainment dan lirik tersebut ditulis oleh dirinya sendiri.



Promote LGBT ke?
Namun begitu, pembikinan lagu tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan netizen sebaik sahaja menonton muzik video Muah Muah Raya di saluran Youtube terbabit.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen kesal dengan video lagu raya tersebut dengan mengatakan wanita berusia 51 tahun itu seolah-olah mempromosikan golongan lesbian, gay, biseksual, dan transeksual (LGBT).


Lagu dah best cumanya….

Tidak kurang juga, ramai netizen memuji lagu raya Dato Seri Vida atau lebih mesra disapa DSV tapi bukan pada barisan penari latar.


Sumber:Youtube DSV Entertainment