Mana mungkin kita tidak mengenali Keluarga pelawak terkenal Johan dan juga Ozlynn yang selalu mencuri tumpuan dengan pelbagai telatah mereka di media sosial,baru-baru ini anak sulung kepada kedua pasangan tersebut pula berjaya membuat ramai tersentuh melalui mesej yang dikongsikan Ozlyn
Menjadi anak sulung bukanlah satu tugas yang mudah kerana perlu memikul tanggungjawap membantu ibu bapa Perkongsian mesej di antara Ozlynn dan Ariq, anak sulungnya ini turut membuatkan ramai terharu membacanya.
Di dalam gambar yang dikongsikan ini, Ozlynn berkongsikan mesej di antara dia dan anak sulungnya itu yang kini sedang melanjutkan pelajaran di luar negara. Dalam mesej tersebut, Ariq menunjukkan sifat tanggungjawabnya sebagai anak sulung semasa berkongsikan bajet bulannya di sana.
Dalam masa yang sama, dia sempat mengingatkan dirinya perlu berjimat cermat untuk adik beradik yang lain sebagai anak sulung. Ariq juga siap berkongsikan belanja bulanannya dan menggunakan aplikasi untuk membantunya berbelanja dengan bijak.
Perkongsian tersebut membuatkan Ozlynn berasa tersentuh dan terharu dengan sifat tanggungjawab anak sulungnya itu. Sehinggakan ramai yang turut memuji kematangan lelaki itu dalam membantu adik beradik yang lain.
sumber:jozlynnhanania