Pelajar pada masa ini dihantar oleh ibu bapa dengan menaiki kereta dan motorsikal atau pengangkutan ke sekolah, namun lain pula nasib yang dilalui oleh sekumpulan murid ini.
Demi ilmu, sanggup bergadai nyawa
Apa yang membimbangkan adalah keselamatan mereka kerana terpaksa menyeberangi sungai dalam keadaan yang membahayakan selepas jambatan dan jalan raya yang menghubungkan rumah mereka ke sekolah roboh sejak dua bulan lalu berkemungkinan akibat dibawa arus sungai.
Guna rakit uzur dan bakul ke sekolah
Sekumpulan murid di sebuah daerah di Sabah bergadai nyawa setiap hari ke sekolah apabila terpaksa menyeberangi sungai menggunakan rakit uzur dan bakul yang ditarik selepas jambatan dan jalan raya yang menghubungkan rumah mereka roboh.
Lebih membimbangkan, murid yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Nangkawangan, Keningau itu bukan saja terpaksa mendayung rakit tanpa pengawasan orang dewasa, malah rakit yang digunakan juga dilihat terlalu uzur.
Bukan biasa2 guna ‘cable car’ pergi sekolah
Pada masa yang sama, tular sebuah rakaman video yang dimuat naik semula oleh Adrian Lasimbang di laman Twitter yang melihatkan sekumpulan pelajar menggunakan ‘cable car’ untuk menyebarangi sungai.
Kesiannya….Orang lain di Malaysia hantar anak ke sekolah guna kereta.. Kita di Sabah hantar anak guna Cable Car.. Sabah Maju Jaya!
— Adrian Lasimbang (@lasimbang) April 28, 2022
Kanak2 ini pergi ke sekolah di SK Nangkawangan, Sook Pensiangan. Ada seorang Menteri Penuh Sabah dan Timbalan Menteri Persekutuan. pic.twitter.com/sTdk3Zekqt
Difahamkan, mereka ini menyeberangi sungai untuk pergi ke Sekolah Kebangsaan (SK) Nangkawangan, Keningau.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan simpati dan sebak dengan nasib yang menimpa para pelajar tersebut.
Sumber:Adrian Lasimbang