Salah satu drama yang menjadi bualan hangat kini adalah ‘Dendam Seorang Isteri’. Drama yang diadaptasi dari karya luar negara ini sememangnya penuh konflik. Malah barisan pelakon yang pandai membawa watak masing-masing seperti Nad Zainal dan Fasha Sandha menjadikan drama ini lebih menarik untuk ‘dilayan’ dari setiap episod.
Bakat lakonan mereka cukup luarbiasa sekali. Baru-baru ini satu rakaman yang memaparkan balik tabir lakonan Nad Zainal dalam Dendam Seorang Isteri telah mencuri perhatian warganet.
Dalam drama ini Nad Zainal melakonkan watak sebagai Kirana yang pada awalnya merampas suami sahabat baiknya sendiri. Namun dalam perkongsian tersebut nampaknya giliran Kirana pula dipermainkan dan dia mengamuk sakan.
Berikut adalah perkongsian rakaman yang membuatkan penonton puas hati tengok Kirana mengamuk selepas terkena dengan lelaki tersebut:
sumber:nad.zainal