eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Uniform Sekolah Dimansuhkan? PU Rahmat tak setuju –“Kasihanilah ibu bapa”

 


Sejak sesi persekolahan dilaksanakan secara bersemuka, pelbagai ragam anak-anak ini dapat dilihat, baik bagi tadika atau kesemua aliran arus perdana.

Bukan itu sahaja, bahkan ragam ibu bapa juga menjadi perhatian apabila terdapat banyak aduan daripada mereka berlegar-legar di platform media sosial mengenai sesi persekolan anak-anak mereka.

Antaranya adalah memintaan pihak berwajib memperhalusi semula arah aliran beg sekolah yang terlalu berat sehingga menyusahkan anak-anak mereka, selain aduan yang kadangkala hanya memenuhi kepentingan diri.

Apa kelebihan pakai uniform sekolah ya?

Ini termasuklah perkongsian oleh seorang pengguna Facebook yang disembunyikan identiti dengan mempersoalkan fungsi pemakaian uniform sekolah oleh anak-anak mereka.

Menerusi hantaran tersebut, pengguna tersebut mengaitkan situasi persekolahan di Amerika Syarikat dengan Malaysia, di mana anak-anaknya dibenarkan berpakaian bebas tanpa terikat dengan pakaian uniform.



Baju seragam putih senang kotorlah

Tambahnya lagi, pakaian seragam sekolah berwarna putih pastinya mudah kotor, misalnya aiskrim tertumpah di baju anaknya.

Menurutnya lagi, jika pemakaian uniform sekolah dimansuhkan, ia akan memudahkan pekerjaan ibu bapa, terutamanya dari segi membersihkan, mengeringkan dan menggosok pakaian tersebut.

“Tak perlu keluar duit beli uniform, tak payah basuh, keringkan dan gosok selalu.”

PU Rahmat tak setuju

Namun begiti, pandangan tersebut kurang dipersetujui dan salah seorang daripadanya termasuklah Pendakwah bebas Pencetus Ummah (PU) Rahmat Ikhsan.

Semalam, menerusi hantaran Pu Rahmat atau nama sebenarnya Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan mengatakan dia tidak bersetuju sekiranya pihak berwajib memansuhkan pemakaian uniform sekolah tersebut.



Uniform sekolah penyelamat maruah keluarga B40

PU Rahmat mengatakan uniform sekolah yang dipakai sehingga kini tersebut dianggap sebagai penyelamat maruah kepada keluarga yang berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan seperti B40.

“Kasihanilah ibu bapa B40 yang kesempitan kewangan. Jangan tambah beban mereka. Mereka nak beli sepasang baju kemeja pun sudah pening kepala.”ujarnya.


Tak dapat bayangkan jika ia benar-benar dimansuhkan

Pada masa yang sama, pendakwah bebas itu mengatakan dia tidak dapat membayangkan sekiranya uniform sekolah itu benar-benar dimansuhkan pada masa akan datang.

“Saya tak dapat bayang zaman sekolah saya dulu-dulu jika tiada baju uniform, pastinya saya hilang keyakinan diri melihat gaya dan fashion rakan-rakan sebaya.” luahnya.