eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Beri 'segenggam' Duit Raya Pada Tetamu,Netizen Puji Cara Baru Tuan Rumah


Mengimbau semula peristiwa minggu lalu, boleh dikatakan hampir semua umat Islam di Malaysia terkejut akan pengumuman raya yang dibuat lebih awal dari jangkaan sepatutnya.

Disebakan kejadian itu, tidak dinafikan ramai mulai kalut sehingga persiapan raya juga dilakukan semaksimum mungkin memandangkan masing-masing kesuntukan waktu.

Tak sempat tukar duit raya

Berkongsi 'moment' menyambut Aidilfitri, wanita ini juga berdepan nasib sama apabila tidak berkesempatan untuk menukar duit raya.

Walau bagaimanapun, dia tidak kalut sebaliknya mencipta satu konsep baru yang mana sekaligus telah memberi inspirasi kepada orang ramai.


@shazeilzainal Panic Raya.. Tak dan tukar duit raya...simpan sini kngan #raya2022 #GagauAjerLaa ♬ Rancak Raya - Chorus - Fatia, Izzue Islam, Khai Bahar feat. Razmansyah, Yazmin Aziz

Menerusi video tersebut, menyaksikan sebuah tong besar berwarna hitam yang mana kebiasaannya ia digunakan untuk membuang sampah.

Namun begitu, berbeza pula dengan wanita ini bilamana tong tersebut rupanya digunakan untuk mengumpul duit syiling.



Konsep 'segenggam' cetus inspirasi

Mengambil kesempatan itu, dia menjadikan kesemua duit syiling tersebut duit raya dengan syarat seorang tetamu hanya dibenarkan untuk mengambil segenggam sahaja.

Lebih menakjubkan, hasil kutipan itu nanti akan dimasukkan ke dalam plastik yang disediakan oleh tuan rumah.