Perasaan teruja menanti kehadiran cahaya mata tidak dapat disangkal lagi di kalangan bakal ibu bapa dan pastinya masing-masing sudah ‘bersiap siaga’ dan bersengkang mata untuk menjaga bayi yang dilahirkan nanti.
Isteri pergi buat selama-lamanya selepas dua hari bersalin
Namun begitu, lain pula keperitan yang dialami oleh seorang lelaki dari Indonesia ini apabila isteri tercinta dijemput Ilahi.
Difahamkan, isterinya merupakan seorang doktor itu disahkan meninggal dunia pada hari Isnin lalu iaitu dua hari selepas melahirkan bayi perempuan mereka.
Rangkul anak di sebelah jasad isteri
Apa yang meruntun hati apabila lelaki yang dikenali sebagai Fadly Fachrezy meratap pemergian isterinya, Megawaty Saiful sambil merangkul erat bayi yang baru lahir di sebelah jasad wanita tersebut.
Sesungguhnya, perasan yang dirasai oleh Fadly pada ketika itu tidak dapat digambarkan apabila dia terpaksa menerima hakikat sebenar bahawa isterinya sudah pergi buat selama-lamanya.
Tak henti menangis sepanjang majlis pengebumian
Bukan itu sahaja, menerusi perkongsian video yang dimuat naik di laman Instagram abang Allahyarham Megawaty Saiful, kelihatan Fadly tidak henti menangis dan cukup lemah sepanjang majlis pengebumian berlangsung.
@wiwieriana sbg ingatan kita semua saling jaga adab dan hormat menghormati sesama insan. islam itu indah. islam itu sgt penyayang. penuh dgn kasih sayang.
♬ Syukur (Alhamdullilah) - Ungu
Janji akan jaga dan besarkan anak dengan sebaik mungkin
Selain itu, Fadly meluahkan kerinduan terhadap isterinya menerusi beberapa perkongsian di laman Insta Story miliknya.
Pun begitu, sedar dengan tanggungjawab yang dipikul, dia juga berjanji akan menjaga dan membesarkan anak mereka dengan sebaik mungkin.
sumber:yudhisyaefulmamma