eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

lelaki ini sanggup beri selipar yang dipakai,Lihat warga emas berkaki ayam tepi jalan

 


Semua sedia maklum jika kita melakukan kebaikan, sudah pasti ada ganjaran yang diberikan oleh Tuhan untuk kita di lain masa.

Walaupun amal kebaikan kita tidak dilihat orang lain, namun pahala atas kebaikan yang dilakukan sudah tentu dihitung. Lebih-lebih lagi jika ia melakukan kebaikan kepada orang lain dan memberikan senyuman buat mereka yang dibantu.

Beri selipar kepada warga emas

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna @judedina_ apabila memuat naik satu video seorang lelaki yang membantu seorang warga emas yang berjalan tanpa memakai selipar di kakinya.


Naik motor tak pakai kasut

Dalam perkongsian tersebut juga, pengguna TikTok sempat menulis andai ada yang berjumpa dengan lelaki ini, harap dapat ‘salute’ kebaikan yang dilakukan itu.

Dapat dilihat yang lelaki bermotor tersebut hanya berstokin sahaja ketika menunggang motosikal selepas memberikan seliparnya kepada warga emas terbabit.Naik motor tak pakai kasut
Dalam perkongsian tersebut juga, pengguna TikTok sempat menulis andai ada yang berjumpa dengan lelaki ini, harap dapat ‘salute’ kebaikan yang dilakukan itu.

Dapat dilihat yang lelaki bermotor tersebut hanya berstokin sahaja ketika menunggang motosikal selepas memberikan seliparnya kepada warga emas terbabit.


Cerminan kepada didikan orang tua

Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata warganet telah memuji tindakan spontan lelaki berkenaan dan mendoakan agar urusannya dipermudah memandangkan dia dengan senang hati memberikan hartanya kepada orang lain.

Sumber:@judedina_