eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

“Shooting kan ni, ustaz?”Aeril Zahim Dikecam Kerana Bertaya Sakit Misteri Ustaz Kazim Elias

 


Terdahulu, ramai yang sedia maklum mengenai tahap kesihatan penceramah terkenal, Dato’ Ustaz Kazim Elias atau mesra disapa Ustaz Kazim yang tidak menentu dan sering kali terpaksa dikejarkan ke hospital.

Ustaz Kazim minta carikan ubat penawar

Terbaharu, beliau ada memuat naik sekeping gambar di laman Facebook miliknya dengan meminta jasa baik orang ramai yang tahu mengubati penyakit yang ditanggung olehnya.

Menerusi hantaran tersebut, dilihat terdapat kesan parut warna kehitaman di tangan kirinya yang dipercayai menderita akibat penyakit misteri.

“Sesiapa yang boleh tolong ubatkan saya, tolonglah. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang menanggung.

“Pada Allah kita berserah.”tulisnya




“Shooting kan ni, ustaz?” – Aeril Zafril

Walau bagaimanapun, komen yang ditinggalkan oleh pelakon dan usahawan kosmetik, Aeril Zafril telah meraih perhatian netizen.



Apa benda kau merepek ni?

Menjengah ke ruangan komen, ramai orang menyelar komen oleh pelakon tersebut dengan mengatakan soalan itu tidak bersesuaian ditanya.





Betullah tu ustaz ada shooting

Namun, ada cuba mempertahankan Aeril dengan mengatakan soalan yang ditanya oleh selebriti tersebut amatlah berasas kerana dimaklumkan Ustaz Kazim sedang menjalani penggambaran berjudul Zim Zim Ala Kazim, arahan Mawi.




Adoilah korang ni…

Di samping itu, terdapat seorang pengguna yang dikenali Athilla D’Hun memuat naik beberapa kepingan tangkap layar hantaran bagi membuktikan komen pelakon tersebut adalah benar.


Hebat sungguh hasil sentuhan Fatimah Ishak

Semua ini dikatakan berpunca daripada hasil sentuhan jurusolek, Fatimah Ishak sehingga menampakkan ia adalah asli.


Apa-apa pun, semoga Ustaz Kazim Elias diberikan kesihatan yang berpanjangan.