eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Watak jahat ‘Nurul Ain’ buatkan Wafariena Roslan terima ugutan santau

 

Drama 7 Hari Mencintaiku 3 (7HMK3) sudahpun melabuhkan tirainya semalam dengan kematian watak Pak Samad lakonan Kazar Saisi.

Lakonan mantap para pelakon sehingga menyebabkan drama ini trending setiap episod pastinya membuatkan barisan tenaga kerja serta penulis skrip tersenyum lebar kerana drama berkenaan tidak pernah gagal sejak musim pertama lagi.


Terima ugutan santau

Watak Nurul Ain yang benar-benar mencabar emosi penonton telah menyebabkan pelakonnya, Wafariena Roslan turut mendapat kecaman kerana terlihat begitu natural dalam memporak perandakan keluarga Pak Samad.

Pelakon cantik ini memaklumkan ada pihak yang sempat mengugutnya menerusi direct message (DM) di Instagram untuk menghantar santau kerana terlalu geram dengan Nurul Ain.


Tak tahulah nak cakap macam mana. Tapi, disebabkan Nurul Ain untuk musim ketiga ini, saya menerima bermacam-macam cacian, makian, ugutan itu ini termasuklah santau.

“Barangkali ada yang nasihatkan tak usah ambil serius dengan ugutan sebegitu (terutama santau), tapi saya perlu berjaga-jaga dan mengingatkan penonton apa yang saya paparkan menerusi watak Nurul Ain hanyalah lakonan semata-mata.

“Tolonglah jangan terbawa-bawa dalam kehidupan realiti tapi saya faham orang benci dan kecam bermakna lakonan saya dalam drama memberikan kesan. Untuk itu, saya bersyukur,” katanya.
Tak kisah bawa pelbagai watak

Walau bagaimanapun Wafariena menjelaskan yang dia tidak kisah andai diberi watak antagonis lagi ataupun memerankan watak yang lain bergantung kepada skrip kerana sebagai pelakon seharusnya dia bersikap terbuka dengan sumua watak.

“Sebagai seorang pelakon yang masih baharu, saya tak kisah melakonkan watak apapun. Kalau kena dengan gaya dan skrip, saya akan menjayakan sehabis baik demi kepuasan penonton.

“Kalau ada yang masih mahukan musim selanjutnya 7 Hari Mencintaiku, itu terpulang kepada penulis skrip, Siti Rosmizah Semail. Kalau mereka panggil saya untuk watak Nurul Ain, saya bersedia pada bila-bila masa, insya-Allah,” ujar.


Terdahulu, anak kelahiran Pulau Pinang ini pernah memberitahu yang dirinya diugut untuk disiram dengan asid ke muka sewaktu menjayakan watak sama dalam 7HMK2.

Ugutan daripada netizen itu diterima susulan rasa menyampah penonton yang begitu terbawa dengan sikap Nurul Ain yang terlalu tergila-gilakan suami orang iaitu watak Khuzairi lakonan aktor hebat, Shukri Yahaya.

Sumber: Kosmo! Mohd. Haikal Isa)