eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

“Dengan yakin yer” resepi maggi Ameera Khan letak 2 rempah jadi tanda tanya

 


Di Malaysia juga makanan seperti Mi Segera merupakan menu yang sangat popular. Meskipun penyediaan mudah namun setiap orang pasti mempunyai resepi tersendiri untuk menyediakan agar lebih nampak istimewa.

Ada yang memasak Mi Segera atau lebih mudah disebut Maggi bersama telur dan meletakkan sayur-sayuran agar rasanya lebih sedap tetapi kebanyakannya lebih suka hidangannya dengan air panas sahaja.

Walau bagaimanapun, nampaknya resepi maggi daripada personaliti media sosial iaitu Ameera Khan juga berjaya mencuri tumpuan umum selepas dikongsikan semula oleh seorang individu yang dalam pada masa sama dengan pantas ramai tertarik dengan resepi disediakan oleh adik kepada usahawan terkenal, Neelofa ini.


Dilihat dikongsikan menerusi Instagram Story, Ameera Khan menunjukkan resepi dia memasak maggi dengan menggunakan beberapa bahan yang rasanya mudah untuk mendapatkannya.

Namun begitu, ternyata ada juga tertanya-tanya rempah yang diletakkan adalah dua adakah tidak menyebabkan masakannya itu masin dan membuatkan ada yang ragu-ragu mencubanya.

Pun begitu, rata-ratanya hadir dengan pelbagai pandangan berbeza apabila ada yang telah mencubanya dan mengatakan resepi maggi Ameera itu sedap.


@tqistyna Just gonna leave this here cause i think we all the same lol. Maggie recipe by Ameera Khan. #littlemisskhan #lmk #maggiegoreng ♬ original sound - &lt/3

“Rempah tu masin dho…”


sumber:tqistyna