Lihat sahaja wajah-wajah pelakon senior ini, tentu ramai yang menggamit memori tentang sebuah drama bersiri popular berjudul Gerak Khas yang sehingga kini selepas bertahun-tahun masih sahaja diingati penonton.
Mana tidaknya, drama bersiri televisyen kepolisan Malaysia terbitan oleh Skop Productions yang memaparkan mengenai pekerjaan Polis membuatkan penonton cukup suka menontonnya setiap episod.
Meskipun mula bersiaran sekitar tahun 1999, namun drama bersiri Gerak Khas masih sahaja segar diingatan peminat setia.
Walau bagaimanapun, satu rakaman video yang tular ini pula membuatkan ramai begitu teruja apabila dapat melihat pelakon senior yang juga terlibat dalam drama bersiri Gerak Khas itu lepak di sebuah kedai mamak sehinggakan rakaman yang tular ini dengan pantas masuk ke ruangan fyp atau for your page di aplikasi TikTok disamping meraih ribuan tanda suka.
@aizulzzamree4 Yang kenal je kenal otai otai ni. Semoga mereka sentiasa sihat. #boikotindia #bangkitmelayu #matkilau #bangkitpahlawan ♬ DJ Kuberlayar Di Lautan Tidak Bertepian - MASTER RMX
sumber:aizulzzamree4