eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Fizz Fairuz bersyukur lihat Almy Nadia Kini tampil berhijab "Tetap cantik macam dulu"

 


Keluarga pasangan selebriti, Datuk Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia kerap menjadi sorotan kerana para peminat selesa melihat kehidupan mereka yang sederhana.

Peminat kedua-dua selebriti itu menyifatkan mereka sebagai artis yang cukup humble walaupun mempunyai gelaran.

Betul ke dah bertudung

Baru-baru ini, penampilan Datin Almy Nadia telah menjadi perhatian ramai kerana dilihat ayu berhijab dalam posting di beberapa perkongsian di media sosialnya.

Ada beberapa pihak mulai tertanya-tanya benarkan pelakon drama bersiri Dunia Baru itu sudah mengenakan tudung?



Bersyukur tak terhingga

Nampaknya tanda tanya itu seakan diiyakan oleh suaminya, Datuk Fizz Fairuz yang bersyukur melihat perubahan lebih baik isterinya.

Dia tidak meninggalkan kapsyen yang panjang lebar dan hanya meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi  diatas penampilan terbaru Almy.



Ketika ini mereka dilihat sedang menikmati percutian di Legoland Malaysia bersama keluarga sambil melayani telatah puteri-puteri comel mereka.

Suami yang berjaya menjaga isteri dengan sempurna

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan memuji penampilan terbaru Almy Nadia.

Walaupun sudah tidak aktif di kaca televisyen, dia tetap berkongsi momen keseharian bersama keluarga di media sosial dan tidak sombong apabila bertemu di luar.

sumber: Dfizzfairuz