eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Guna ayat ‘double meaning’ drama ini dikritik Netizen-“Abang nak Melur tak malam ni?”

 


Drama Melur Untuk Firdaus sememangnya menjadi fenomena sejak ia mula ditayangkan.

Mana tidaknya, gandingan hero dan heroin muda, Meerqeen dan Anna Jobling telah melonjakkan drama tersebut sehingga ‘digilai’ penonton dari Indonesia juga.

Cuplikan-cuplikan drama tersebut turut beredar ‘kencang’ di laman sosial TikTok sehingga ramai yang cari tahu tentang drama romantis berkenaan.

Namun, disebalik pujian serta pandangan positif tentang drama tersebut, ada sesetengah pihak kurang senang dengan dialog watak Melur dan Firdaus di dalam drama itu kerana disifat agak lucah.

@4lyvers firdaus tewas jgk 😂 #meluruntukfirdaus #meerqeen #annajobling ♬ boyfriend - :)

Macam tontonan 18 tahun ke atas je

Hal tersebut telah mendapat perdebatan daripada netizen yang merasakan ia tidak sesuai jika ditonton oleh remaja di bawah umur kerana mengandungi ayat ‘double meaning’ melibatkan hubungan suami isteri.

Beberapa komen daripada netizen di akaun TikTok @4lyvers turut mendapat sokongan ramai lebih-lebih lagi ada sesetengah pengguna TikTok bawah umur mengakui berasa janggal tiap kali menontonnya bersama keluarga




Harap ambil sudut yang positif sahaja

heroin drama Melur Untuk Firdaus ini telah memberikan penjelasan ketika dihubungi sumber.

Menurut Anna Jobling, setiap bait ayat yang dilontarkan adalah tanggungjawabnya sebagai seorang pelakon dan berharap agar para penonton menilai kemesraan watak Melur dan Firdaus dari sudut pandang positif.

“Sebagai seorang pelakon dan selebriti, menjadi tanggungjawab saya untuk sentiasa memberikan contoh yang terbaik kepada masyarakat dan penonton di luar sana.…” katanya.

Sumber: @4lyvers