eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Risau Sportrim Tercalar, Lelaki Tinggal Nota Rela Bayar Saman Dari Kereta Kena ‘Clamp’

 


Pemandu yang meletakkan kenderaan di tempat yang tidak sepatutnya pasti akan dikenakan tindakan undang-undang seperti disaman atau kereta dikunci dengan clamp. Disebabkan itu lah, ramai yang berhati-hati untuk meletakkan kereta di ruang yang tidak sepatutnya.

Namun baru-baru ini, seorang lelaki siap meninggalkan nota pada keretanya di mana dia rela disaman oleh pihak berkuasa. Semuanya gara-gara dia tidak mahu pihak berkuasa mengunci tayar atau clamp keretanya yang boleh merosakkan bahagian sportrim kereta tersebut.


@amruu.a

♬ suara asli - andre

Menerusi video yang dikongsikan ini, pemilik kereta itu menunjukkan keadaan keretanya yang ditinggalkan sebentar di tepi jalan. Dalam masa yang sama, dia siap meninggalkan nota pesanan pada cermin keretanya sekiranya ada pihak berkuasa yang sedang melakukan pemeriksaan.

“Jangan clamping, saman je. Nanti saya bayar.”

Selalunya ramai yang akan mengelakkan daripada disaman namun lelaki ini lebih rela sekiranya dia menerima saman asalkan keretanya tidak dikunci dengan clamp. Menurutnya, dia akan membayar saman sekiranya diberikan oleh pihak berkuasa dan meminta mereka untuk tidak clamp tayar keretanya itu.

Ramai yang turut tertanya-tanya mengapa lelaki itu lebih rela disaman namun menurut lelaki itu, dia tidak mahu merosakkan sportrim pada bahagian keretanya ini. Tambahnya lagi, sportrim yang dipakainya itu sukar untuk dicari dan dia lebih rela membayar saman walaupun ianya mungkin jauh lebih mahal harganya.

sumber:@amruu.a