eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Wanita terharu adik sanggup derma buah pinggang,Kasih sayang tiada nilai

 

Selain ibu bapa, orang yang paling rapat dengan kita pastilah adik-beradik. Bergaduh, berpisah berjauhan macam mana sekalipun, tentunya hubungan itu akan kembali pulih ibarat air dicincang tiada putus.

Lebih-lebih lagi apabila salah seorang mengalami kesulitan, mereka inilah yang akan membantu kita seperti yang dilalui oleh seorang wanita, baru-baru ini.

Adik sanggup derma buah pinggang demi kakak

Menerusi video tular di laman TikTok, memaparkan dua orang wanita yang dipercayai adik-beradik sedang berada di sebuah hospital bagi menjalani pemindahan buah pinggang.

Difahamkan, salah seorang daripada mereka mengalami kegagalan buah pinggang dan perlu menjalani operasi pemindahan secepat mungkin.

Namun, apa yang menarik perhatian warganet adalah pengorbanan yang dilakukan oleh seorang adik menderma buah pinggang untuk kakaknya.


Pada awalnya suami sukarela derma buah pinggang tapi tak sesuai jadi penderma…

Menurut wanita yang dikenali sebagai Atikah itu, dia memberitahu pada awal suaminya sukarela menawarkan buah pinggang. Malangnya, organ suami disahkan oleh doktor bahawa ia tidak sesuai menjadi penderma.

Mengetahui kesulitan yang sedang dialami, adik kepada Atikah memaklumkan dirinya mahu memberikan satu daripada buah pinggangnya bagi menyelamatkan nyawa seorang kakak.



Terima kasih, adik…

Hati siapa tidak tersentuh melihat pengorbanan seorang adik yang sanggup menggadaikan nyawanya hanya untuk menyelamatkan kakaknya.

Pengorbanan yang dilakukan itu membuatkan Atikah tidak henti-henti mengucapkan terima kasih kepada adiknya, selain mengakui tindakan murni itu tiada nilai gantinya.

@atikah_chewan Alhamdulillah.. All went well. Video ni adalah my renal tranpslant journey dari work up, transplant sampai lah hari aku dengan adik berjumpa semalam lepas 2 hari post-op. Thank you team transplant Hospital Selayang, doctors and nurses @kerol_is_edward #renaltransplant #kidneytransplant #beanshapedfighter @syafikahchewan @mkhaziq21 ♬ PadaMu Kubersujud - Religi Islam - Afgan

Alhamdulillah, adik dah boleh discharged

Selang beberapa hari selepas pembedahan berjaya dilakukan, Atikah memaklumkan adiknya sudah boleh keluar dari hospital. Kini, hanya tinggal dia sahaja seorang diri untuk tujuan pemantauan.

@atikah_chewan @syafikahchewan #renaltransplant #kidneytransplant #beanshapedfighter ♬ suara asli - Els Warouw🎶

Semoga hubungan adik-beradik kekal sampai bila2

Perkongsian berdurasi dua minit empat puluh sembilan saat itu berjaya meraih sejuta tontonan dan menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet.

Ramai meluahkan rasa terharu melihat pengorbanan yang dilakukan oleh seorang adik kepada kakaknya. Mereka turut mendoakan agar hubungan kasih sayang yang terjalin antara mereka berdua kekal selama-lamanya.