eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Mizz Nina Menangis Masa Bagi Ceramah Tentang Penceraian Ramai Yang sebak

 

Mizz Nina Menangis Masa Bagi Ceramah Tentang Penceraian Ramai Yang sebak

Baru-baru ini , Mizz Nina yang hadir di sebuah majlis mencuri tumpuan ramai apabila dia menangis semasa memberikan ceramah tentang penceraian. Video yang dikongsikan oleh mereka yang hadir pada majlis tersebut turut tular dan membuatkan rata-rata netizen berasa sebak melihatnya.

Menerusi video tersebut, Mizz Nina dilihat bersama-sama ahli panel yang lain sebelum aktivis itu dilihat menangis ketika bercerita tentang hikmah penceraian. Dia yang tidak dapat menahan sebak itu kemudian dilihat mengalirkan air mata dan diberikan tisu oleh panel yang berada di sebelahnya.


 

Menurut Mizz Nina, seseorang akan meluahkan rasa syukur semasa berada dalam kesenangan manakala semasa dalam kesusahan akan belajar untuk bersabar. Dia juga sempat berkongsikan kisah mengenai seorang wanita yang bercerai dengan suaminya dan bagaimana wanita tersebut melalui proses penceraian.