eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Wanita Terkejut Ingatkan Kulit Ayam Rupanya 'Plaster' Luka Dalam Kuey Tiaw

 


Tular di media sosial perkongsian seorang wanita yang menjumpai plaster luka terpakai di dalam makanan yang dibelinya. Perkongsian yang dimuat naik di Twitter itu menerima perhatian netizen di mana rata-ratanya turut sama berasa jijik melihat ‘benda’ lain yang dijumpai dalam makanan itu.

Menerusi hantaran tersebut, wanita itu memuat naik dua gambar menunjukkan keadaan kuey tiaw goreng dibelinya. Difahamkan, makanan tersebut dibeli menggunakan aplikasi penghantaran makanan dan hanya disedarinya semasa dia sedang menikmati makanan itu.

Lebih menjijikkan lagi, plaster luka yang ditemuinya itu kelihatan seperti ia sudah pun digunakan dan bukannya plaster baru yang biasa. Pada awalnya, dia menyangka ia hanyalah kulit ayam sahaja namun selepas memeriksanya dengan lebih teliti barulah wanita itu sedar tentang kewujudan plaster luka itu.

Menurut wanita itu, dia berkongsi makanan itu bersama seorang lagi rakannya dan sudah separuh jalan menikmatinya semasa sedar bahawa ia adalah plaster luka. Perkongsiannya ini turut menarik perhatian ramai yang mempertikaikan aspek kebersihan restoran tersebut dan tidak kurang juga yang meminta tindakan diambil.


sumber:hannahhmdn