Tonton drama adaptasi novel Bukan Hanya Sekadar Cinta Full Episod karya Emma Mariam akan menemui penonton di slot Akasia TV3. Drama bersiri 28 episod ini merupakan terbitan A. Aida Production dan diarahkan oleh Riza Baharudin. Menampilkan Ismail Izzani dan Sofia Dendroff sebagai pelakon utama.
JUDUL : Bukan Hanya Sekadar Cinta #bukanhanyasekadarcinta
Tonton Full Episod: 1-28
Tarikh Tayangan: 2023
Waktu Siaran: Setiap hari 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3
Penulis Novel: Emma Mariam
Penulis Skrip: Rehal Nuharis
Pengarah: Riza Baharudin
Produksi: A. Aida Production Sdn Bhd
Watak Pelakon
Ismail Izzani sebagai Isa Rafael
Sofia Dendroff sebagai Indah Kamelia
Muaz zabir sebagai Ilan Rafzal
Daniella Sya sebagai Anne
Syamim Farid sebagai Lisa
Liza Abdullah sebagai Dahlia
Hafizuddin sebagai Datuk Razman
Aleza Shadan sebagai Datin Rafika
Dian P. Ramlee sebagai Zulaikha / Lee Mei Xiang
Afifah Nasir sebagai Fatimah
Izzendra sebagai Jannah
Laura Olivia sebagai Khadeeja
Promo drama Bukan Hanya Sekadar Cinta
Sinopsis Bukan Hanya Sekadar Cinta
Kerana kata putus daripada Ilan Rafzal, Kamelia bertemu dengan Isa Rafael di Hong Kong. Seorang lelaki bisu dan pekak yang penuh misteri.
Awak boleh luahkan apa yang ada dalam hati awak tu. Saya akan jadi ‘pendengar’ setia awak. - Isa Rafael.
Buku nota menjadi perantara mereka. Setiap luahan Kamelia, Isa Rafael ‘dengar’ dengan penuh setia.
Sesuatu terjadi dan Kamelia terpaksa bergegas kembali ke Malaysia. Meninggalkan Isa Rafael tanpa sebarang nota. Namun, di Malaysia, yang menanti Kamelia adalah sebuah perkahwinan rahsia, bersama seorang lelaki asing yang akan menggantikan tempat Ilan Rafzal.
Isa Rafael, lelaki yang tidak pernah pekak atau bisu!
“Siapa awak yang berdiri di hadapan saya sekarang ni dan siapa yang bersama saya semasa di Hong Kong hari tu?” - Kamelia.
Dicintai dua lelaki berbeza adalah biasa, namun dicintai dua bersaudara membuatkan Kamelia dalam dilema. Banyak hati yang perlu dijaga.
Isa Rafael, suami yang semanis cotton candy.
Ilan Rafzal, bekas tunang yang menghadiahkan kenangan sepahit espreso.
Sesungguhnya kisah kita bukan hanya sekadar cinta, tetapi tentang percaya dan setia.
Para Pelakon
