Sebelum ini, pelakon popular, Fasha Sandha menjadi bualan hangat ramai apabila dia memuat naik sebuah video melakukan senaman di laman Instagram telah mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen.
Mana tidaknya, ada segelintir individu yang mempersoalkan penampilannya itu yang didakwa masih tidak menutup aurat selepas pulang daripada mengerjakan ibadah umrah baru-baru ini bersama suaminya.
Pun begitu, nama pelakon yang berusia 38 tahun itu kembali menjadi buah mulut ramai menerusi sebuah video yang dikongsikan oleh Fasha di laman Instagramnya.
Netizen kurang senang dengan aksi menari Fasha dan Aidil
Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, ada segelintir netizen yang meluahkan rasa kurang senang apabila melihat aksi menari pasangan suami isteri itu yang begitu mesra.
Bukan itu sahaja, netizen turut berpendapat video tersebut tidak sesuai dimuat naik dan dikongsikan kepada umum memandangkan ada remaja dan kanak-kanak yang melihat rakaman itu sebagai pengguna media sosial.
sumber: @fashasandha