Tonton drama adaptasi novel Segenap Takdir karya Tina Derika akan mengisi slot Samarinda TV3. Drama bersiri 15 episod terbitan A-Ten Alliance Sdn Bhd dan diarahkan oleh Eoon Shuhaini. Menampilkan pelakon seperti Siti Khadijah Halim, Niezam Zaidi, Zara Zya dan Nabil Aqiln.
Judul : Segenap Takdir #dramasegenaptakdir #segenaptakdir
Tonton Full Episod: 1-15
Tarikh Tayangan: 24 Mei 2023
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3
Penulis Skrip: Rina Khan, Sherry Khan
Pengarah: Eoon Shuhaini
Produksi: A-Ten Alliance (M) Sdn Bhd
Watak Pelakon
Siti Khadijah Halim sebagai Haryani
Niezam Zaidi sebagai Azlan
Zara Zya sebagai Nadira
Nabil Aqil sebagai Faisal
Sharifah Shahora sebagai Maimun
Azizah Mahzan sebagai Nek Yah
Watie Sadali sebagai Salmi
Haleeda sebagai Mak Asmah
Aqeesh Aleeya sebagai Hanim
Saiful Wazien sebagai Budin
Sinopsis Segenap Takdir
Bagi Haryani cinta itu mudah untuk digapai. Asalkan kena taktik halus pasti beres. Azlan! Itu misinya. Dia tak peduli kalau orang lain mengata. Dia juga tak hirau akibat yang bakal ditanggung oleh emaknya, Puan Maimun, Hukuman-Nya, lagilah dia sengaja lupa.
Demi nyawa tunangannya yang sedang koma, Azlan terpaksa terima Haryani sebagai isteri pertama. Pun begitu, dia tetap tepati janjinya untuk menikahi Nadira apabila dengan izin-Nya gadis itu kembali sedar.
Satu peristiwa berlaku menjadi punca Haryani terkenang akan dosa. Daripada jahil, Haryani mula mencari Tuhan. Namun, ketenangan yang diharap, sakit pula yang dihadap. Pedih! Apabila digelar sebagai insan munafik.
“Jangan gunakan tudung sebagai alasan nak tutup perangai buruk tu. Aku takkan terpikat.” – Azlan
Tulus dengan diri yang ingin berubah meski liku menguji hasil daripada sikapnya yang terdahulu. Hijrah Haryani itu mendatangkan kesan buat Faisal. Di setiap kesukaran itu, terungkai satu per satu hikmah yang mengajarnya erti kebahagiaan.
Namun, dugaannya tidak pernah ringan. Haryani dituduh pula bersalah atas kecelakaan yang menimpa Nadira. Allahu!
‘Allah SWT tak pernah terhadkan satu jalan untuk manusia berubah. Allah juga tak sediakan pintu syurga tu hanya sebuah.’
Jadikan hidup ini ada rasa kehambaan, rasa bertuhan dan fahami makna Segenap Takdir ujian.