eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Big Stage 2023 (Musim 5) Senarai Peserta dan Pemenang

 


Musim kelima pertandingan nyanyian bakat-bakat muda 'BBNU' (Budak Baru Nak Up), Big Stage kembali dengan pembaharuan dan elemen baharu.

Program realiti kompetitif ini akan menyajikan barisan juri, pengacara dan pemilihan peserta yang baru dan lebih segar bagi penonton.

Elly Mazlein atau lebih dikenali dengan nama Kak Lina Pom Pom bakal menjadi hos dan pengemudi rancangan dalam program ini. Bersama beliau, penyanyi Aina Abdul merupakan juri tetap.

Manakala pengumuman tentang seorang lagi hos dan juri tambahan bakal dibuat pada konsert minggu pertama nanti.

'Big Stage' kali ini memberikan lebih banyak ruang kreativiti dan versatiliti dengan memperkenalkan peserta berkumpulan dan duo. Sepuluh peserta dipilih datang dari Malaysia, manakala peserta dari Korea Selatan, Indonesia, Singapura dan Brunei Darussalam akan turut berentap dalam persaingan dan bakal diumumkan pada konsert sulung nanti.



Big Stage 5 akan ditayangkan secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam pada setiap hari Ahad bermula 7 Mei 2023 pukul 9 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104). Selain itu, anda juga boleh menonton secara dalam talian (online) menerusi platform On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro Go.

Sebagai persiapan awal sebelum bermula konsert sulung, program khas 'Big Stage 2023 Bootcamp' akan disiarkan pada 29 dan 30 April jam 1 petang sempena bulan Syawal. Program ini akan memaparkan sesi latihan intensif peserta di The Big House, sebuah rumah besar yang dijadikan pusat latihan untuk para bintang sebelum memasuki pentas pertandingan.

Big Stage terdahulu telah melahirkan empat juara sepanjang perjalanan anjurannya yang terdiri daripada Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan Elica Paujin (2022).

Berikut merupakan senarai peserta yang terlibat dalam menjayakan penganjuran edisi ini:-