eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Presiden Kampung Morten Lakonan Ozlynn Waty,Didie Alias ,Bell Ngasri


Saksikan drama Tonton Original, Presiden Kampung Morten yang dibintangi oleh Didie Alias dan Ozlynn Waty bermula 17 April ini

Tonton Presiden Kampung Morten
Tonton Full Episod: 1-10
Tarikh Tayangan di tonton: 17 April 2023
Penulis Skrip: Farhana Fauri
Pengarah: Harris Fadzillah
Produksi: Saphire Screen Sdn Bhd
Lagu OST: Le'ale - Amira Othman

Watak Pelakon
Ozlynn Waty sebagai Manisah
Didie Alias sebagai Kiambang
Bell Ngasri sebagai Man Tapau
Jaafar Onn sebagai Tok Ketua
Sheila Hassan sebagai Che Embun
Alif Muhaimin sebagai Hassan
Ieda Moin sebagai Kiah Tumis
Norman Hakim sebagai Mudim Sado
Chacha Maembong sebaai Chichi
Ucop Cecupak sebagai Pak Sood
Seha Monica sebagai Mak Tun
Kamal Bakar seabgai Tok Imam

Sinopsis Presiden Kampung Morten
Mengisahkan tentang ragam Manisah (Ozlynn) dan Kiambang (Didie Alias) yang ingin merebut jawatan presiden Persatuan Wanita Kampung Morten, sebuah persatuan yang aktif memperjuangkan nasib penduduk wanita di kampung mereka yang bernama Kampung Lemak Manis.

Kewujudan persatuan tersebut telah berjaya mengurangkan kes penganiayaan wanita pelbagai peringkat umur sehinggakan jejaka yang berada di kampung tersebut berasa takut dan tidak berani untuk menyakiti mereka kerana bimbang akan diserang oleh ahli-ahli persatuan berkenaan.

Konflik bermula apabila Manisah tidak berpuas hati dengan nasib menimpa ibunya, Che Embun yang telah dilucutkan jawatan sebagai presiden persatuan tersebut selepas dituduh terlibat dalam skandal dengan Tok Mudim Sado. Berita yang tidak benar itu sebenarnya telah pun disebarkan Naib Presiden ketika itu, Kiah Tumis yang membawa kepada pelantikannya sebagai presiden Persatuan Wanita Kampung Morten yang baharu. Pelantikan Kiah sebagai presiden yang baharu juga telah menyebabkan Kiambang yang merupakan orang kanan kepada Kiah dilantik sebagai Naib Presiden yang baharu.

Perkara ini menyebabkan Manisah tidak berpuas hati dan ingin menuntut bela kejadian yang menimpa Che Embun dengan merampas kembali hak ibunya. Namun, perkara tersebut tidaklah mudah kerana Kiah yang telah menyandang jawatan tersebut selama dua tahun berturut-turut begitu bagus dalam menjalankan tugasnya.

Jadi, apakah strategi yang akan digunakan Manisah dan adakah dia berjaya untuk merampas takhta ibunya yang telah dirampas sebelum ini?