eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

"Apa org Nak cakap,Cakaplah",Almy Nadia Jawap Isu Dikritik Pegang Mimi Peri

 



Baru-baru ini, pelakon Datin Almy Nadia terima kritikan serta kecaman hebat daripada netizen gara-gara memeluk influencer terkenal dari Indonesia iaitu Mimi Peri sewaktu berkunjung ke Malaysia.

Enggan untuk memperbesarkan isu berkenaan, menerusi laporan mStar, aktres yang berusia 37 tahun itu tampil memberi penjelasan mengenai perkara tersebut.

Jelasnya, dia tidak mahu memikirkan isu itu malah, meminta netizen untuk memberi teguran dengan lebih berhemah berbanding terus melemparkan kata-kata yang negatif.



“Tak perlu respon apa-apa pun, saya tak perlu membalas atau kritik dengan cara apa sekali pun. Apa orang nak cakap, cakap lah. Mungkin itu yang terbaik untuk dia.

“Saya tak mahu tambah dosa saya untuk bercakap atau membalas kata-kata orang. Awak boleh je Direct Message (DM) secara peribadi untuk cakap benda ni dan bukan secara umum,” katanya.

Bukan itu sahaja, Almy turut memaklumkan dia tidak membaca sebarang komen yang diberikan oleh netizen memandangkan penulisan mereka memberi kesan yang mendalam.

Malah, dia mengakui memerlukan masa untuk berubah ke arah yang lebih baik tambahan pula baru sahaja membuat keputusan untuk berhijab.



“Saya tak baca pun sebenarnya tapi mak saya yang beritahu. Mimi Peri je kot tapi zaman 2023 adalah netizen, netizen punya penulisan tu sangat berkuasa, jangan salah buat atau cakap.

“Mungkin orang yang menegur sebab saya baru berhijab, saya perlu menjaga batas tetapi dalam dunia industri seni ni bagaimana. Saya bukannya terlalu baik, tapi perubahan yang perlahan bukan drastik, insya-Allah,” ujarnya.

Sekadar info, Almy Nadia sah bergelar isteri kepada pelakon Datuk Fizz Fairuz pada 26 April 2014 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.

Sumber: mStar (Faiz Izzat)