eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Chef Wan hidap kanser limfoma, terima takdir dengan hati terbuka

 


Cef selebriti terkemuka, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan disahkan hidap kanser limfoma dan akan menjalani rawatan dalam masa terdekat.

Berita duka itu dimaklumkan sendiri oleh cef yang berusia 65 tahun itu di laman Instagramnya yang memberitahu berkemungkinan kanser limfoma yang dihidapi masih berada pada peringkat awal memandangkan dia tidak mengalami sebarang simptom.


“Pada pukul 3 petang tadi, saya menerima diagnosis daripada doktor yang mengesahkan saya menghidap kanser limfoma.

“Saya bakal melakukan imbasan Tomografi Pancaran Positron (PET) untuk melihat sama ada kanser tersebut telah merebak ke organ-organ lain,” katanya.

Difahamkan juga, rawatan kemoterapi akan mengambil masa selama 13 minggu dan dia mempunyai peluang untuk sembuh sebanyak 70 hingga 80 peratus sekiranya dikesan awal.



“Doktor juga akan memulakan kemoterapi yang mungkin mengambil masa selama 13 minggu.

“Saya akan mula mengalami keguguran rambut selepas ini. Jadi, saya sudah bersedia untuk menggayakan rambut palsu seperti Elvis, M. Daud Kilau dan sebagainya pada masa akan datang,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Chef Wan memaklumkan orang ramai tidak perlu risau serta menzahirkan ucapan terima kasih atas doa serta kata-kata semangat yang diberikan.



Anak dan menantu saya terus menangis selepas mendapat tahu saya menghidap kanser. Tetapi, beginilah hidup. Kita perlu jalani setiap cabaran satu demi satu dengan hati yang terbuka.

“Kepada semua, jangan risau. Terima kasih atas doa kata-kata semangat,” luahnya.

Sumber: Instagram @Chef Wan