eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

"Kenapa Tinggal Kakak"- Bela Dari Zaman Susah Wanita Meraung Kucing Kesayangan Mengeras

 


Bagi seseorang pencinta kucing, kucing bukanlah semata-mata haiwan berbulu yang dibela kerana comel. Sebaliknya binatang kesayangan Nabi ini sudah dianggap seperti anak sendiri, ditimang serta ditatang bagai minyak yang penuh. Bila si bulus nampak tidak sihat, hati si Tuan mula gundang gulana.

Sejak Kakak jaga Chiki, hidup Kakak berubah Chiki…Kenapa tinggalkan Kakak?

Satu hari andai kucing-kucing ini ‘pergi’, bukan mudah bagi tuannya mahu menghadam episod duka itu. Itulah kepiluan yang baru dirasai oleh TikTokers, Rozyana Roslan saat menemukan kucingnya, Chiki yang telah pergi selamanya. Sudah dibela dari zaman tinggal di rumah flat, Chiki seakan-akan membawa rezeki dalam keluarga mereka yang kini merasai kehidupan lebih baik.


Masa saya dapat tau masalah Chiki, kos perubatan dia tinggi…Masa tu saya baru nak naik dekat TikTok

Siapa sangka saat Rozyana baru berpindah ke rumah baru, dia terpaksa menghadap pemergian Chiki. Jelasnya sejak awal-awal dipelihara, Chiki memang didiagnosis mempunyai masalah hati dan paru-paru hingga dijangka tidak akan hidup lama. Saat itu, Rozyana belum berkemampuan menanggung kos operation dan cuma sedaya upaya menjaga Chiki apa adanya termasuklah berikan makanan berkualiti. Disangka akan hidup 3 bulan sahaja, Chiki akhirnya kembali sihat dan sudah 2 tahun dijaga baik oleh Rozyana.


Saya tak sempat usap dia

Hilanglah seekor kucing penghibur lara, Rozyana benar-benar terkilan kerana semalam dia tidak mengusap Chiki yang sedang bermain di luar. Apabila bangun pagi, kucing jenis British Short Hair itu ditemukan sudah mengeras.

@rozyanaroslan2

2 tahun 7 bulan. Masa awal-awal dapat dia, saya pelik nafas dia laju. Saya bawak chiki jumpa doctor masa umur dia 6 bulan. Doctor cakap chiki ada masalah hati dengan paru-paru. Hati dia terhimpit. Pastu doctor cakap chiki boleh hidup lagi 2-3 bulan je sebenarnya. Kalau nak operate 50-50 je. So saya decide taknak operate sebab time tu dia masih 6 bulan. Saya takut. Masa saya dapat tau dia sakit, kos perubatan dia tinggi. Masa tu saya baru nak naik dekat tiktok. Masih bercatu lagi time tu. Saya cakap dengan suami saya "Abang, takpe lah, kita bela je dia, mana tau nanti dia sihat" Saya bagi chiki makan sedap-sedap. Makan yang mahal-mahal. Padahal time tu saya belum kategori mampu lagi. Sebab saya nak dia sentiasa sihat. Sampai lah saya perasan lama-lama badan dia naik sikit. Sikit je. Tak gemuk macam kucing lain. Nafas dia pun tak laju sangat. 2 tahun chiki aktif tanpa tunjuk dia sakit. Lepastu, bulan jun 2023 saya tergerak hati nak hantar dia ke klinik sebab saya perasan chiki tak aktif sangat. Rupanya-rupanya paru-paru dia berair. Chiki kena tahan ward 5 hari. Lepastu doctor cakap kena bagi dia makan ubat. And dia kena makan wetfood. Memang chiki tunggu masa je sebenarnya. Tapi saya tau chiki kuat. Banyak wetfood chiki saya belikan. Chiki suka sangat makan wetfood. Sampai satu tahap saya perasan chiki banyak termenung. Tak sangka dah pindah rumah baru ni, chiki tinggalkan saya. Ya Allah, luluh hati saya. Tak sempat usap dia semalam... Tak sempat chiki merasa bilik baru... Chiki rehat ye...

♬ Kamu Kenangan - Wani Annuar