Sudah jatuh ditimpa tangga seperti sebuah perempamaan, itulah nasib duka yang sedang dialami oleh wanita bernama Puan Deasy Natalia. Baru-baru ini, dia tampil mendedahkan tentang anaknya, Khayla Arsyila Zafira yang menjadi target pemuas nafsu seorang lelaki durjana. Selaku ibu, kini dia sedang menuntut keadilan bagi si kecil yang tidak berdosa itu.
Suami Halau Keluar Dari Rumah
Awal cerita, kehidupan rumah tangga Puan Deasy tidaklah seindah yang disangka. Sepanjang hidup bersama, dia kerap dikasari oleh sang suami dan ibu mentua sebelum dihalau pergi dari rumah. Mahu atau tidak, ibu ini terpaksa menyewa sebuah bilik sebagai tempat berteduh dan membawa 3 anaknya untuk tinggal di sana.
Puan Deasy lihat pemilik rumah sewa baru naikkan seluar Khayla
Satu hari semasa menyusukan anak ketiga yang berusia 4 bulan, anak sulungnya, Khayla dibiarkan bermain di luar bilik tanpa pantauan rapi. Apabila menjengah ke luar, budak itu sudah berada di ruangan lain. Puan Deasy melihat sendiri pemilik rumah sewa baru menaikkan seluar Khayla dan memakaikan beg ke bahu kononnya sedang bermain. Seorang lagi kenalan kepada lelaki itu pergi ke bilik air dipercayai untuk membersihkan diri dan mengemaskan semula seluarnya.
Anak cuba mengadu “ibu…atit, atit” selepas kencing
Anehnya selepas membuang air kecil, Khayla mula mengadu terasa perit membuatkan si ibu terdetik untuk memeriksa. Alangkah terkejut, organ bawah budak ini sudah mempunyai kesan koyak seakan-akan ‘ternganga’. Menduga pelakunya adalah pemilik rumah sewa terbabit, Puan Deasy segera pergi berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan dan pengesahan lanjut.
Polis jelaskan jenayah melibatkan budak bawah umur bukan di bawah kuasa mereka…Kena pergi ibu pejabat besar
Doktor memintanya buat laporan polis dahulu kerana ia adalah SOP biasa. Malangnya apabila pergi ke balai, pihak penguasa bersikap acuh tak acuh dengan aduan Puan Deasy. Dilaporkan dari tahun 2021, ia menyepi begitu sahaja tanpa tindakan lanjut. Kerana inilah Puan Deasy terpaksa menggunakan kuasa viral sebagai jalan terakhir. Apabila berita ini kecoh ke pengetahuan umum, barulah ada polis muncul untuk melakukan siasatan. Ada juga syarikat guaman yang hadir menawarkan kesudian untuk membantu.
sumber: Portal Arkadia & Instagram Nayya Annesa