Wanita itu kemudian bertindak menghubungi pihak restoran bagi memaklumkan penemuannya sebelum meminta wang dikembalikan sebanyak 120 bath.
Setiap usahawan yang berniaga perlu menitikberatkan kebersihan dan perkara ini bukan hanya di kedai tetapi termasuklah ketika pengendalian makanan.
Tahap kebersihan yang rendah serta tidak jaga dengan baik boleh menyebabkan berlakunya kemudaratan kepada kesihatan dan sebagainya.
Wanita terkejut jumpa mata kail dalam hidangan ikan keli
Baru-baru ini, seorang wanita di Thailand terkejut selepas menemui mata kail dalam hidangan makanannya.
Wanita yang dikenali sebagai June itu kemudian menzahirkan rasa bimbangnya terhadap keselamatan dan kualiti makan tersebut selepas melalui pengalaman buruk itu ketika makan di sebuah restoran di daerah Pak Kret, Nonthaburi.
Menurut June pada 27 Julai lalu, dia bersama rakannya telah membuat pesanan makanan tengah hari menggunakan perkhidmatan penghantaran. Mereka turut memesan lauk sepeti ikan keli goreng pedas, nasi kosong dan juga nasi kambing, lapor The Thaiger.
Enggan makan lepas jumpa mata kail dan tali pancing
Namun semasa menjamu selera dia telah membelah ikan berkenaan untuk dikongsikan bersama rakannya sebelum dia tanpa sengaja menjumpai mata kail berserta tali pancing yang terdapat pada ikan berkenaan.
Ikan keli merupakan salah satu makanan kegemarannya namun penemuan mata kail itu telah membuatkan June enggan untuk memakannya. Dia kemudian mempersoal cara penyediaan hidangan tersebut dari sudut keselamatan dan piawaian kebersihan.
Selepas menyedari hal tersebut, dia kemudian memaklumkan kepada rakannya yang turut berasa pelik dengan penemuan mata kail tersebut.
Hubungi restoran untuk maklumkan hal terbabit, minta wang dipulangkan semula
Mungkin tidak berpuas hati dengan perkara itu, June kemudian bertindak menghubungi restoran terbabit untuk memaklumkan mengenai penemuan mata kail itu.
Sebaik sahaja mendengar aduan June, kakitangan restoran turut berasa terkejut dan menjelaskan mereka telah membersihkan ikan itu dengan teliti sebelum dimasak.
Mereka kemudian mencadangkannya untuk menukar ikan tersebut namun June yang masih terkejut dengan perkara itu meminta agar wangnya dipulangkan semula.
Restoran itu kemudian memulangkan semula wang June sebanyak 120 bath (RM15.71) iaitu harga untuk hidangan ikan terbabit, lapor Sanook.
Bimbang perkara buruk boleh berlaku jika termakan
Ekoran kejadian menakutkan itu, June meluahkan kebimbangannya iaitu perkara buruk boleh berlaku sekiranya dia tertelan mata kail tersebut.
Malah mata kail yang tersangkut di mana-mana bahagian badan boleh mengundang bahaya dan ia mungkin memerlukan pembedahan untuk mengeluarkan bendasing tersebut.
June dalam masa sama turut mengakui bahawa kejadian itu membuatkannya takut dan bertindak untuk memeriksa makanan dengan lebih teliti sebelum memakannya.
Tak makan ikan kerana trauma
Sejak kejadian menakutkan itu, June kini tidak lagi memakan sebarang makanan berasaskan ikan.
Apa yang lebih menarik, dia turut meminta semua pemilik restoran untuk berhati-hati dan peka dalam mengendalikan makanan bagi menjamin keselamatan dan kualiti yang baik.
June bagaimanapun percaya bahawa mata kail tersebut sebenarnya tersangkut jauh ke dalam badan ikan berkenaan semasa ia memakan umpan dan mungkin kerana ia (mata kail) tidak dapat dicari lalu talinya
dipotong.
dipotong.