eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Motosikal Rider Disita: Lesen Dan Insurans Tamat Tempoh – JPJ

 


Motosikal seorang penghantar makanan (rider) yang disita pihak berkuasa dalam video tular baru-baru ini, berpunca daripada tamat tempoh lesen kenderaan motor (LKM) dan ketiadaan insurans, kata Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

JPJ mengesahkan melakukan sitaan terhadap kenderaan milik rider itu di ruangan komen video tular tersebut.


“Merujuk pada video di atas, LKM telah tamat tempoh dan insurans tiada.

“Oleh itu JPJ menahan dan sita untuk mengelakkan rider tersebut berlaku kemalangan dan sebagainya disebabkan tiada insurans tersebut.

“Jika berlaku kemalangan rider akan menyusahkan pemandu lain dan juga keluarga kelak. Harap maklum,” katanya di ruangan komen pada Rabu.


Dalam pada itu, JPJ turut mengemas kini dengan menyatakan lesen rider tersebut telah tamat tempoh pada bulan Februari lepas.

“Info terkini, roadtax dan insurans tamat pada 6 Februari 2023,” komennya.

Terdahulu, satu rakaman yang memaparkan keadaan rider yang terpaksa berjalan kaki akibat motosikal disita telah viral di media sosial.

Dalam klip tersebut, rider yang memakai beg galas syarikat pernghantaran dan juga helmet itu masih meneruskan perjalanan di hadapan walaupun motosikalnya disita oleh pihak berkuasa.

Rider tersebut mengorak langkah meninggalkan kawasan sekatan jalan raya (SJR) yang dilakukan JPJ.



sumber: Daily Traffic Report