Pasti sekarang ini ramai yang tengah ketagih bermain permainan aplikasi
Monopoly Go kan? Permainan yang boleh buatkan kita lalai lebih-lebih lagi
apabila bila dapat dadu banyak. Siapa yang main game ni mesti akan faham.
Namun begitu, amat mengejutkan apabila ada netizen dari platform media
sosial X mendedahkan lokasi akaun Instagram permainan tersebut.
https://x.com/brillantebyul/status/1702157988323307782?s=20
Base dekat Israel?
Seorang netizen membuka profile akaun Instagram rasmi permainan ini dan
mendapati bahawa ianya dari negara Israel dan hasil pemantauan, admin juga
menemui penemuan yang sama.
Walau bagaimanapun, developer untuk permainan ini, Scopely Inc. merupakan
syarikat dari Amerika Syarikat yang mempunyai ribuan cawangan di seluruh
negara tersebut, termasuklah di Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Asia.
Biarpun begitu, rata-rata netizen terkejut apabila mengetahuinya dan ia
membuatkan netizen mula rasa curiga dengan permainan ini.
Berdasarkan hasil carian kami juga, memandangkan ada antara cawangannya di
Timur Tengah, ada kemungkinan Israel juga salah satu dari cawangannya. Ini
kerana, sumber daripada mobilegamer.biz melaporkan bahawa Monopoly Go ini
mempunyai lebih 150 kakitangan dan juga merangkumi Israel, UK dan Ukraine.
Secara logik, mungkin cawangan di Israel yang handle Instagram, mungkin?
Hurm, apapun, ia bergantung kepada individu untuk nilaikan sendiri sama
ada mahu teruskan main permainan ini atau tidak.