Setelah Caprice mendedahkan pengakuan Mondy yang mendakwa dirinya ‘diganggu’
secara kurang sopan sepanjang berada di Malaysia sebelum ini, Ustaz Ebit Lew
yang baru pulang dari Jeddah segera membuat laporan polis.
Rapper terbabit bagaimanapun tidak gentar kerana yakin pihaknya berada di
jalan yang betul.
Tambahnya lagi, mereka sudah serahkan segala bukti kepada pihak PDRM.
Saya tak pernah jumpa orang sebaik Ebit Lew…Akhlak yang luar biasa…Bahasa
yang santun
Sementara itu, sahabat handai Ustaz Ebit Lew iaitu Ustaz Derry Sulaiman
juga sempat bersuara dalam kemelut membabitkan 3 individu ini.
Dedahnya, sebelum ini Mondy pernah minta dibelikan motosikal oleh Ustaz
Ebit.
Sepanjang mengenali, pendakwah Indonesia ini memuji keperibadian Ustaz
Ebit yang disifatkan sangat-sangat baik.
Meskipun bukanlah orang miskin, Ustaz Ebit akan membawa pelbagai macam
buah tangan jika sahabatnya itu datang ke Malaysia.
Kalian screenshot la berita ini, sebarkan di Malaysia…Yang
dipegang-pegang itu, Mondy bohong
Mamaparkan sisi yang cukup terpuji, Ustaz Derry juga begitu hairan
mengapa ada pihak yang seakan-akan sengaja mencari aib dan mencalarkan
nama baik Ustaz Ebit Lew.
Dia juga sempat menunjukkan bukti WhatsApp dengan Mondy Tatto di mana
wanita itu mengaku segala yang diperkatakan dalam postcast Caprice
adalah bohong.
Mondy cuma mahu wang
Tiada kepentingan peribadi, Ustaz Derry berkata semua yang dibicarakan
adalah kerana Allah semata-mata.
Mahu percaya atau tidak, ia berbalik kepada penerimaan masing-masing.
Namun berdasarkan paparan mesej yang dikongsikan, katanya Mondy
melakukan penipuan sebegitu demi mendapatkan wang.
@ride0rdie.sg Pang,pangsai . #mondytatto #mondy #ebitlew #malaysiafyp #fypsg #singpore #fitnahakhirzaman #uel #indonesia #gelandangan ♬ original sound - LocalWheel.SG