Hari Dan Waktu Siaran : Jumaat -Sabtu Jam 9malam
Pengarah :Heykal Hanifah
Produksi : Infinitus Entertainment Malaysia Sdn Bhd
Watak Serta Pelakon
Remy Ihak Watak Sebagai Razak
Wanna Ali Watak Sebagai Aini
Puteri Rafasya Watak Sebagai Amy
Siti ELizad Watak Sebagai Sara
Elizabeth Tan Watak Sebgai Melanie
Ahrinie Ahirudin Watak Sebagai Janna
Yusuf Bahrin watak sebagai Atiq
Junji Delfino watak sebagai Datuk Maria
Ezzaty Abdullah watak sebagai Julia
Adlin Aman Ramlee watak sebagai Tajul
Muntazar Ghufran watak sebagai Kimi
Danish Hazriq watak sebagai Danish
Dian P Ramlee watak sebagai Maryam
Sinopsis Penuh Drama Restu
Razak, berumur 37 tahun, seorang pegawai eksekutif di sebuah syarikat pengiklanan. Razak kehilangan isterinya, Julia dalam satu kemalangan jalanraya dan mempunyai seorang anak perempuan bernama
Amy, yang berusia 13 tahun. Sebagai seorang ayah tunggal, bukanlah sesuatu yang mudah untuk Razak menjaga, mendidik, dan membesarkan Amy. Ibu mertua Razak, Datuk Maria pula sering mempertikaikan kewibawaan Razak menjaga Amy dan juga berhajat untuk mendapatkan hak penjagaan Amy.
Ketika berhadapan dengan pelbagai masalah membesarkan Amy, Razak mula memikirkan inilah masa yang sesuai untuk dia mencari jodoh kerana Amy juga memerlukan seorang yang bergelar ibu.
Amy bertegas bahawa wanita pilihan Razak mestilah mendapat restu daripadanya.
Razak kemudian dikejutkan dengan kemunculan sahabat arwah isterinya, Julia yang bernama Aini. Dari awal lagi, Aini memang mempunyai niat dan rancangan untuk berkahwin dengan Razak. Calon untuk menjadi isteri Razak dilengkapkan dengan kehadiran seorang influencer bernama Melanie yang terlibat dalam
beberapa projek kerja dengan Razak.
Aini mempunyai hasrat untuk mendekati and memenangi hati Razak namun pada masa yang sama, Sara, long time work bestie Razak juga muncul juga dalam kehidupan Razak. Tambahan pula, Amy juga tidak senang dengan kehadiran Aini dalam hidup Razak. Di sebalik kekalutan ini, dapatkah Razak menemukan wanita yang tepat dan sesuai untuk menjadi seorang ibu kepada Amy dan menjadi suri hatinya selepas Aini? Dapatkah bakal isterinya menempuhi dugaan hidup berumahtangga?