eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Anggun Mikayla Lakonan Alya Iman,Nabil Aqil

 

Viu Malaysia memperkenalkan siri terbaru, Anggun Mikayla diadaptasi daripada novel karya Liza Nur. Drama bergenre cinta, persahabatan dan kekeluargaan ini mendapat sentuhan pengarah Eyra Rahman, dibintangi pelakon muda Alya Iman dan Nabil Aqil. Anggun Mikayla akan ditayangkan di aplikasi Viu bermula 25 April pada setiap hari Khamis, Jumaat dan Sabtu.

Judul : Anggun Mikayla #Anggunmikyla
Tonton Full  Episod:1-13
Tayangan di Viu: 25 April 2024
Hari Siaran: Khamis - Sabtu
Penulis Skrip: Liza Nur
Pengarah: Eyra Rahman
Produksi: Global Station Sdn Bhd

Watak Pelakon
Alya Iman sebagai Mikayla
Nabil Aqil sebagai Idriz
Razin Qidran sebagai Asif
Emelda Rosemila sebagai Datin Asmidar
Zaidi Omar sebagai Kadir
Lisdawati sebagai Suraya
Haeriyanto Hassan sebagai Zubir
Zarynn Min sebagai Lateefa
Aynie Rizal sebagai Andria
Amanda Tan sebagai May
Syean Mokhtar sebagai Dato Bakr
Zarrin Nuqman sebagai Hanif

Lagu Tema
Sayang Kau Tercipta - Aziz Harun

Sinopsis Anggun Mikayla
Mengisahkan tentang Mikayla, seorang gadis cantik yang dinafikan kewujudannya oleh ibunya sendiri. Walaupun menanggung derita dengan hinaan dan cacian, Mikayla tidak berdendam dengan mereka yang membencinya

Pertemuan antara Mikayla dan Idriz mewujudkan hubungan yang istimewa. Siapa sangka hati Idriz terpaut kepada wanita yang dijumpainya dalam keadaan yang tidak disangka. Sementara itu, Asif, lelaki yang pernah menolak perasaan Mikayla mulai sedar yang perasaannya terhadap Mikayla sebenarnya lebih dari sebagai kawan.

Meskipun keanggunannya menjadi rebutan, Mikayla tetap mencari secebis kasih sayang dari ibu yang enggan mengakui kewujudannya. Dapatkah Mikayla mencari erti nilai diri sebenar dan cinta yang sepatutnya dia miliki?

Sinopsis Novel Anggun Mikayla
Dia Mikayla, gadis anggun yang bukan tipikal untuk kau jumpa hari-hari. Aneh! Biarpun kepalanya dilempar batu, telinganya dihentam kata cacian dan tubuhnya disiat luka, dia masih mampu tersenyum buat dunia. Kewujudannya dinafi. Namun, Mikayla tidak ampuh membenci mereka yang membencinya.

Pertemuan Mikayla dengan Idriz dalam insiden yang tidak dijangka mencipta satu hubungan pelik. Siapa sangka hati Idriz mampu tergolek-golek pada wanita yang ditemuinya dalam versi puntianak itu.

Asif yang suka mengusik pula mulai sedar yang usikannya sudah mencambahkan rasa sayang. Namun, kemunculan lelaki dari masa silam Mikayla, Aidan yang menagih kemaafannya membuatkan Asif dan Idriz disampuk cemburu.

Keanggunan Mikayla menggetarkan tiga jiwa. Namun, obsesinya masih satu, mendapatkan secebis kasih daripada insan yang enggan mengakui kewujudannya.