eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Nuh Dan Nayla Lakonan Jazmy Juma,Scha Elinnea


Nantikan drama adaptasi novel Nuh dan Nayla dari penulis Ieya Sya akan datang di slot Akasia TV3. Sebuah drama terbitan Suhan Movies diarahkan oleh Idora Abdul Rahman. Menampilkan gandingan baru Jazmy Juma dan Scha Elinnea sebagai pelakon utama.

Judul : Nuh dan Nayla #nuhdannayla
Tonton Full Episod:1- 28
Tarikh Tayangan: 1/7/2024
Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3
Penulis Skrip: Nieza Nahar
Pengarah: Idora Abdul Rahman
Produksi: Suhan Movies & Trading Sdn Bhd

Watak Pelakon
Jazmy Juma sebagai Nuh
Scha Elinnea sebagai Nayla
Ucop sebagai Faqeel
Arfie Shah sebagai Luth
Khalida Balqis sebagai Maryam
Ezzanie Jasny sebagai Jiha
Zizi Zulkifli sebagai Farina
Hafiz Halim
Puteri Khareeza
Hilal Azman
Azhar Amir
Zila Bakarin
Lisdawati
Ayu Azlina
Hana Tiha

Sinopsis Nuh dan Nayla
Suatu ketika dulu, Nuh adalah pendosa yang membuat seorang Nayla membenci dan memandangnya dengan jijik.

Takdir menyatukan Nuh dan Nayla dalam ikatan perkahwinan yang dirahsiakan. Namun mereka memilih jalan berpisah tanpa lafaz talak. Takdir juga telah menemukan mereka dalam situasi berbeza. Antara pembantu dengan cucu majikan.

Jika sebelum ini Nuh mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami, tapi kali ini dia cuba untuk berubah.

Kerasnya hati Nayla bagaikan besi ampuh. Malah dia tidak peduli dan menyokong Nuh untuk menerima Fatimah. Akur dan menghormati keputusan Nayla, Nuh terpaksa bersetuju walaupun hatinya tidak berdetak untuk gadis cantik itu.

Rupanya Nayla sudah tersalah langkah. Tiba-tiba dia berpaling tadah. Nuh harus dia pertahankan.

“Saya nak awak terus jadi suami saya, Nuh.” - NAYLA

Siapa tahu di sebalik pengakuan itu, ada kisah hitam dan rahsia yang Nayla simpan. Ada derita yang ditanggung. Dia mempunyai kaitan dengan bakal jodoh Nuh.

Adakah niat Nayla menghalang perjodohan Nuh kerana cinta, atau kerana dendam? Siapa Fatimah sebenarnya? Dapatkah ikatan perkahwinan mereka bertahan?

Para pelakon Nuh Dan Nayla