eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Polis Peronda Ali Reza,Puteri Sarah

 

Siri aksi Polis Peronda diterbitkan oleh Skop Productions Sdn. Bhd dan diarahkan oleh penerbit dan pengarah terkemuka tanahair iaitu Datuk Yusof Haslam, Syafiq Yusof dan C. Kumaresan, serta dibarisi pelakon terkenal seperti Shah Iskandar, Puteri Sarah, Ali Reza, Ramona Zamzam, Raja Afiq, Soffwany Yusoff, Kodi Rasheed dan ramai lagi.

Polis Peronda menceritakan tentang pengalaman dan tema yang berkait rapat dengan Unit Kereta Peronda (Unit MPV) PDRM dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang berdepan dengan pelbagai senario mencabar dalam tugasan harian.

Ia juga berkisar tentang kehidupan harian sekumpulan unit peronda polis yang berusaha menjaga keamanan dan ketenteraman ibu kota.

Siri ini tidak hanya menumpukan kepada aksi penyiasatan jenayah, tetapi juga memberi tumpuan kepada cabaran peribadi yang dihadapi oleh setiap anggota polis, termasuk hubungan keluarga, konflik dalaman, dan moraliti.

Nantikan siri Polis Peronda ini bermula 28 Jun ini, setiap Jumaat, jam 10.00 malam hanya di TV3 dan strim episod baharu 24 jam lebih awal melalui Tonton. Layari www.tonton.com.my, muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

Judul : Polis Peronda #polisperonda
Tonton Full Episod: 1-33
Tarikh Tayangan: 28 Jun 2024
Waktu Siaran: Jumaat, 10 Malam
Rangkaian: TV3 / Tonton
Pengarah: Datuk Yusof Haslam, Syafiq Yusof, C. Kumaresan
Produksi: Skop Productions Sdn Bhd

Watak Pelakon
Shah Iskandar sebagai Koperal Bani
Puteri Sarah sebagai Inspektor Sarah
Ali Reza sebagai Asp Danial
Ramona Zamzam sebagai Inspektor Elly
Raja Afiq sebagai Lans Koperal Amar
Soffwany Yusoff sebagai Koperal Delisha
Arnie Shasha sebagai Lans Koperal Shasha
Kodi Rasheed sebagai Lans Koperal Husin
Arwan Umar sebagai Lans Koperal Ali
Wan Safaie sebagai Inspektor Safaie
Shyrim Husni sebagai Sarjan Osman
Shekeen Waida sebagai Malisa
Hilmi Zeaain sebagai Fariz
Putri Damia Tasai sebagai Shiba

Lagu Tema (OST)
Lagu: Wira Peronda
Penyanyi: Afif Tirmizie
Lirik: Afif Tirmizie
Ciptaan: Ikhwan Fatanna & Wan Saleh

Sinopsis Polis Peronda
Koperal Bani (Shah Iskandar), seorang ahli pegawai Unit MPV komited dengan tugasnya walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran dan halangan. Ketekunan dan sikap disiplin Koperal Bani dalam menjalankan tugasnya juga disenangi anggota dan pegawai polis yang lain.

Dalam sebuah operasi, Koperal Bani dan Lans Koperal Amar (Raja Afiq) dari unit MPV memburu sebuah kereta yang dipandu laju dalam keadaan mencurigakan. Setelah menahan kereta tersebut, rupanya pemandu adalah seorang lelaki remaja, Aiman yang berusia 16 tahun. Ibu Aiman dipanggil ke balai untuk memberi keterangan.

Dalam pada itu juga Lans Koperal Ali (Arwan Umar) dan Husin (Kodi Rasheed) dari unit rondaan bermotosikal (URB) berhadapan dengan kes-kes ragut. Dalam masa yang sama, Inspektor Sarah (Puteri Sarah) pula sering ditegur oleh ASP Danial (Ali Reza) supaya mengawasi tugasan anggota bawahannya.