eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Salju Rindu Lakonan Riena Diana,Keith Foo

 

Nantikan drama 'Salju Rindu' diinspirasi daripada novel 'Salju Rindu di Kota Edinburgh' karya Haitun Kamarazaman akan datang di slot Akasia TV3. Drama terbitan Global Station diarahkan oleh Riza Baharudin. Menampilkan Keith Foo dan Riena Diana sebagai pelakon utama.

Judul : Salju Rindu #saljurindu
Episod: 1-28
Tarikh Tayangan: September 2024
Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3 / Tonton
Pengarah: Riza Baharudin
Produksi: Global Station Sdn Bhd

Watak Pelakon
Riena Diana sebagai Juraini
Keith Foo sebagai Nathan
Kodi Rasheed sebagai Aziz
Husna Mustaffa sebagai Suri
Azwan Kombos sebagai Hidayat
Shamsul Ghau Ghau sebagai Pak Talib
Rosnah Johari sebagai Mak Yam
Mas Anizan sebagai Mak Su

Sinopsis Salju Rindu
Sengketa dengan ayahnya Haji Talib, membawa rajuk yang panjang di hati Juraini. Dia ke Bukit Fraser bagi mengubati luka.

Tanpa diduga malang menghimpit diri, dikhianati insan yang paling dipercayai. Juraini buntu untuk meneruskan langkah.

Kekasih hati pula ingin kembali ke tanah air. Hidup Juraini mengalami perubahan 360 darjah apabila dia nekad mengikut Nathan pulang ke Scotland.

Juraini sudah mati. Kini yang hidup adalah Joanna. Kebahagiaan Joanna terlalu sempurna di samping Nathan. Agama hanya menjadi kudis buatnya.

Selepas 30 tahun Iman hadir. Namun kehadiran Iman, mulai menggugat hati Joanna. Iman gemar mengusik kenangan lama Joanna, yang akhirnya membawa kesedihan.


Siapakah Iman dan mengapa lelaki itu sering mengintip Joanna dan mendekati dengan cara yang penuh rahsia?


Apa kaitannya dengan Juraini, manusia yang bagaikan sudah tidak wujud lagi.