eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Influencer Aisyah Hijanah & Aliff Teega Bergari Kekal Tenang Direman Empat Hari

 

Pasangan pempengaruh media sosial, Aliff Teega dan Aisyah Hijanh kekal tenang direman empat hari selepas ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.

Kedua-dua mereka itu ditahan oleh SPRM semalam atas dakwaan penyelewenagan dan pecah amanah membabitkan dirinya.

Kekal tenang direman empat hari

Memetik portal mStar, Aisyah Hijanah dan Aliff Teega direman selama empat hari bagi membantu siasatan bagi dakwaan menyeleweng kutipan derma.

Perintah tahanan reman selama empat hari bermula hari ini terhadap empat individu itu dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin.

Sejurus sebutan reman selesai, pasangan suami isteri itu kelihatan tenang keluar daripada dewan mahkamah sebelum masuk ke dalam kenderaan dipercayai menuju ke ibu pejabat SPRM.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14(1)(B) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

Turut direman empat hari ialah dua lalaki daripada pengendali platform kutipan derma dalam talian.

Menurut sumber, dua lelaki yang juga pengendali platform kutipan derma atas talian ditahan SPRM tengah malam kelmarin, ketika memberi keterangan.

Artikel lain: Pasangan influencer ditahan SPRM, dipercayai terpalit isu seleweng kutipan derma

Doa yang baik-baik

Sementara itu, Aliff atau nama penuhnya Mohd Hazalif Mohd Hazani,30, sempat memberitahu dia dalam keadaan sihat dan memohon doa orang ramai agar urusan mereka dipermudahkan.


“Saya sihat, Alhamdulillah …doa baik-baik,”demikian katanya.


@friendsofsprm Alif Teega di makamah putrajaya #sprm #friendsofsprm #azambaki #alifteega #pdrm #fyp ♬ original sound - FRIENDS OF SPRM