eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Barajiwa Lakonan MK K-Clique,Mawar Rashid

 

Bara Jiwa

Unifi TV Originals mempersembahkan sebuah drama aksi BaraJiwa arahan Osman Ali bersama Bahri Uma bermula 2 Ogos, setiap Jumaat pukul 9 malam di DEGUP saluran 120.
 
Judul : BaraJiwa #barajiwa
Tonton Full Episod: 1-8
Tarikh Tayangan: 2 Ogos 2024
Waktu Siaran: Jumaat, 9:00 malam
Rangkaian: DEGUP (Unifi TV)
Pengarah: Osman Ali & Bahri Uma
Produksi: Nuansa Sdn Bhd

Watak Pelakon
MK K-Clique sebagai Uzair
Mawar Rashid sebagai Ashikin
Josiah Hogan
Ady Mohammad
Alicia Amin
Fauzi Nawawi
Sharul Kamal
Shahidan Izwan
Melissa Aurellia
Talha Harith
Sunio Rushairi
Ahmad Adly
Nina Kho

Sinopsis Bara Jiwa
Kemelut sosial remaja yang bermula di sekolah apabila konflik kedewasaan mencelarui pemikiran, mereka bertindak mengikut perasaan.

Uzair dan Madi adalah musuh sekolah. Apabila Madi menghina kawannya Suresh, Uzair menyerang Madi. Madi membalas dengan menyerang rakan-rakan Uzair. Pidot trauma dengan serangan Madi tetapi Uzair cuba untuk menenangkan keadaan. Namun, apabila Madi menyedari bahwa Cikgu Sofi mempunyai sifat lemah lembut terhadap Uzair, Madi menyerang dan menyakiti Cikgu Sofi.

Uzair menyerang Madi dengan ganas. Madi dimasukkan ke hospital dalam keadaan koma, Uzair dihantar untuk pemulihan. Uzair menumpukan perhatian kepada SPM. Dia pergi untuk melindungi Ajeeb daripada Hatta yang membawa kepada lebih banyak pergaduhan. Imran membalas dendam terhadap Uzair dengan memanipulasi Asyikin untuk menjadi GRO.

Uzair mendapat tahu Ashikin telah disimpan oleh Imran dan dia pergi menyelamatkannya. Apabila Ashikin menyuruh melupakannya, Uzair kecewa daan pergi ke bandar.

Abang Man memperkenalkan Uzair tentang kehidupan di KL dengan mengajarnya tentang perlawanan di gelanggang haram.