eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Lelaki Melayu Terakhir Lakonan Fattah Amin,Wanna Ali

Lelaki Melayu Terakhir

Nantikan drama bersiri Lelaki Melayu Terakhir arahan Amor Rizan akan datang di slot Akasia TV3.

Judul : Lelaki Melayu Terakhir
Episod: 1-15
Tarikh Tayangan: 2024
Waktu Siaran: Isnin -Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3
Pengarah: Amor Rizan
Produksi: Rumah Karya Cinta

Watak Pelakon
Fattah Amin sebagai Ustaz Jazlan
Wanna Ali sebagai Kasih
Hazwani Helmi sebagai Fatimah
Heliza Helmi sebagai Aisyah
Zarul Imran sebagai Ustaz Wadi
Nabil Aqil
Umie Aida
Liza Abdullah
Fazlina Ahmad Daud

Sinopsis Lelaki Melayu Terakhir

Mengisahkan tentang Jazlan (Fattah Amin) yang bergelar Ustaz, seorang pemuda yang soleh, kuat pegangan agama dan menjalani kehidupan yang sederhana serta cemerlang dalam pengajian agama Islam.

Manakala, Kasih (Wanna Ali), seorang wanita moden yang menjalani hidupnya dengan peraturan sendiri.

Alawiyah (Umie Aida), ibu Jazlan, dan Khatijah (Liza Abdullah), ibu Kasih, merupakan sahabat baik yang bertekad untuk menjodohkan kedua-dua anak mereka.

Walaupun pelbagai cara telahpun mereka cuba, namun usaha kedua ibu tersebut gagal berkali-kali kerana Jazlan dan Kasih tidak bersetuju atas perbezaan personaliti dan pilihan hidup masing-masing.

Jazlan berasa lega apabila dia mendapat tawaran biasiswa untuk melanjutkan pengajian di universiti di Madinah. Tawaran ini memberi dia peluang untuk melarikan diri daripada pertunangan yang diaturkan oleh ibunya.

Kedua-duanya bertemu apabila ibu mereka memutuskan untuk menghantar Kasih ke Madinah untuk memikat Jazlan selain dengan alasan mahu menghantar barangan keperluan dan membantu Kasih menunaikan Umrah.

Adakah perancangan Alawiyah dan Khatijah untuk menjodohkan anak mereka berjaya?