eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Mentua Lakonan Fauziah Ahmad Daud,Elizad Sharifuddin

 

Saksikan sebuah drama bersiri baru 'Mentua' menampilkan lakonan Fauziah Ahmad Daud, Elizad Sharifuddin dan Syarul Ezani akan datang di slot Samarinda TV3.

Judul: Mentua #mentua
Tonton Full Episod :1-15
Tarikh Tayangan: 24 Ogos 2024
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3 / Tonton
Pengarah: Zamri Zakaria
Produksi: Orangetree Production

Watak Pelakon
Fauziah Ahmad Daud sebagai Azizah
Elizad Sharifuddin sebagai Emilia
Syarul Ezani sebagai Amir
Raden Zaharatul sebagai Sherina
Datuk Jalaluddin Hassan sebagai Husin
Apich Lo sebagai Azim
Farahdhiya
Zarynn Min
Jasper Supayah
Jaja Iliyes

Sinopsis Mentua
Mengisahkan Azizah (Fauziah Dato' Ahmad Daud), seorang ibu dan isteri yang dominan, merasa terancam dengan kehadiran menantu baharunya, Emilia (Elizad Sharifuddin), yang berkahwin dengan anak sulungnya, Amir (Syarul Ezani). Azizah menampilkan dirinya sebagai seorang yang anggun, berjaya, dan sentiasa dipandang tinggi oleh keluarga serta masyarakat setempat. Sebagai tunggak keluarga, dia percaya bahawa dirinya akan sentiasa dihargai dan dikasihi. Dia selalu berpesan kepada anak-anaknya, “When you marry a woman, make sure you marry one as capable as your mother.”

Konflik bermula apabila anak sulungnya, Amir, berkahwin dengan Emilia, seorang usahawan muda tekstil yang berjaya. Azizah merasa tergugat dengan kehadiran Emilia yang lebih berusia dari anaknya yang dianggap sebagai pesaing dalam keluarga dan perniagaan. Emilia mempunyai hampir 90% persamaan karakter dengan dirinya, bezanya Emilia yang cantik, sopan dan bijak lebih tulus dalam setiap tindakan. Azizah mula merancang untuk menjatuhkan dan menyingkirkan menantunya dengan pelbagai cara, termasuk menggunakan pekerjanya dan bekas isteri Amir untuk merosakkan hubungan mereka. Mampukah Azizah menyingkirkan Emilia?

Watak Dan Pelakon
Mentua 1

Mentua 3

Mentua 5