eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama My Stolen First Kiss Lakonan Aniq Durar,Sofia Dendroff

 

Drama komedi romantik 'My Stolen First Kiss' merupakan hasil terbitan Tanah Beris Film Production yang diarahkan oleh Shuhaimi Lua dan olahan skrip dari Zyza Backy. Drama ini menampilkan barisan pelakon baharu seperti Aniq Durar, Sofia Dendroff, Shaza Bae, Imran Aqil, Wanie Ooi, dan ramai lagi.

Saksikan drama Tonton Original Series: My Stolen First Kiss yang akan menemui penonton pada 19 Ogos 2024 ini di platform penstriman Tonton melalui www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton.

My Stolen First Kiss
Episod: 13
Tarikh Tayangan: 19 Ogos 2024
Platform Digital: Tonton
Penulis Skrip: Zyza Backy
Pengarah: Shuhaimi Lua
Produksi: Tanah Beris Film Production

Watak Pelakon
Aniq Durar sebagai Mikael
Sofia Dendroff sebagai Mel
Catriona Ross sebagai Mama Kathy
Zarul Umbrella sebagai Papa Zarul
Imran Aqil sebagai Reza
Wanie Ooi sebagai Sue
Wanns Ahmad sebagai Anas
Alif Hadi sebagai Aizat
Shaza Bae sebagai Damia
Nadia Brian sebagai Raihana
Shakira Stephen sebagai Hani
Badrishah sebagai Ghaz
Afeeq Spero sebagai Luq
Syahmimii Kaman sebagai Harris
Delimawati sebagai Nek Timah
Zuhair Azerin sebagai Hadi

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Momento
Artis: Ika Mustafa & Aqmal Ramdan
Komposer & Lirik: Firdaus Rahmat, Iqie Hugh

Sinopsis My Stolen First Kiss
Mengisahkan tentang Mel (Sofia Dendroff) seorang gadis periang yang berumur dalam lingkungan 20-an. Mel yang dilarang untuk bercinta semasa di sekolah, kini tidak sabar untuk memulakan kehidupan sebagai pelajar kolej demi memenuhi impian romantiknya.

Namun, kehidupan yang diidamkan Mel berubah apabila dia lemas dan diselamatkan oleh Mikael, seorang eksekutif di bahagian pengurusan pembinaan berusia lewat 20-an yang serius dalam mencari cinta sejati, melalui bantuan CPR.

Mel yang menyimpan checklist untuk kehidupan romantiknya – first meet, first date, first meet the future in-law, bertunang, berkahwin, first kiss dan segalanya, menjadi tidak keruan apabila mengetahui dirinya telah ‘dicium’ oleh Mikael dalam keadaan dia tidak sedarkan diri.

Mel yang belum pernah bercinta menjadi sedih dan kecewa dan sukar menerima kenyataan dek kerana menganggap bantuan CPR itu adalah ciuman pertamanya yang telah ‘dicuri’ oleh Mikael. Kehidupan Mikael menjadi huru-hara apabila Mel menceritakan insiden tersebut kepada abangnya Aizat yang ‘overprotective’ dan telah memaksa Mikael untuk bertanggung jawab.

Konflik timbul apabila Mikael yang sudah mempunyai kekasih, cuba untuk menuruti permintaan tersebut. Dalam usaha menjaga maruah dan memenuhi tuntutan keluarga Mel, Mikael yang sudah dua kali putus cinta dan kini sedang cuba memikat hati wanita idamannya iaitu Damia (Shaza Bae), terpaksa bercinta dengan Mel.

Keadaan menjadi semakin rumit apabila pelbagai rahsia terbongkar, termasuklah identiti sebenar Mikael. Kekecohan berlaku apabila Mel dan kawan-kawannya mendapat tahu bahawa Mikael sudah berkahwin dan isterinya sedang mengandung. Insiden ini memburukkan lagi hubungan Mikael dan Mel.

Adakah Mel dan Mikael akan bersama akhirnya? Mampukah Mikael merealisasikan checklist cinta Mel?

Para Pelakon