eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Senarai Nama Dan Calon ABPBH 36

Anugerah Bintang Popular Bintang Harian 36
Anugerah Bintang Popular Bintang Harian 36
Setiap tahun pastinya Anugerah Bintang Popular Berita Harian pasti dinantikan kali ini edisi ke-36 (ABPBH 36) yang bertemakan Teguh yang membawa mesej keutuhan,perpaduan dan solidariti dalam kalangan rakyat Malaysia

ABPBH 36 kali ini yang diinspirasikan CONBOO sebagai Penaja Utama, akan disiarkan secara langsung di TV3 dan strim melalui saluran Tonton.

Mempertandingkan 16 kategori utama, pemilihan artis dan selebriti kegemaran boleh dilakukan bermula hari ini sehingga 30 September 2024 menerusi laman web ABPBH 36 di www.abpbh.com.my. Manakala undian bagi kategori sampingan Ekstra! akan bermula pada 29 Ogos ini.

Sebagai penambahbaikan, ABPBH 36 memperkenalkan empat kategori baharu iaitu Aktor Pembantu Filem Popular; Aktres Pembantu Filem Popular; Aktor Pembantu TV Popular dan Aktres Pembantu TV Popular.

Undian boleh dilakukan sama ada secara percuma atau melalui pakej langganan BH digital. Pengundi boleh mendapatkan mata undian sehingga 16,000 undian dengan melanggan akhbar digital Berita Harian. Setiap langganan terhad kepada satu (1) undian sahaja.

Proses pengundian melibatkan calon Top 20 bagi setiap kategori dan mereka bakal bersaing sehingga nasib mereka ditentukan pada malam kemuncak ABPBH 36. Pemilihan pemenang bagi setiap kategori adalah berdasarkan 70 peratus undian orang awam dan 30 peratus undian juri profesional.

Membariskan pencalonan artis dan selebriti lama dan baru, sebanyak 16 kategori utama dan 5 kategori Ekstra yang dipertandingkan.

Satu anugerah keseluruhan iaitu anugerah utama yang dinobatkan sebagai Anugerah Bintang Paling Popular BH Ke-36 akan diberikan kepada kepada artis yang mendapat undian dan markah juri profesional paling tinggi.

Tidak ketinggalan, anugerah khas iaitu Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat akan kembali bagi edisi ini untuk menghargai jasa dan sumbangan tokoh seni dalam pembangunan industri seni tempatan.

 CALON TOP 20 ABPBH 36

16 KATEGORI UTAMA
    ARTIS BAHARU LELAKI POPULAR
  1. Aiman Ameer
  2. Amir Nafis
  3. Aniq Durar
  4. Asyraf Nasir
  5. Azim Yusof
  6. Danial Kifli
  7. Fahimi Rahmat
  8. Fazziq Muqris
  9. Firdaus Rahmat
  10. Hakim Khan
  11. Hasif Upin
  12. Mierul Hazly
  13. Muaz Zabir
  14. Putera Muhammad
  15. Saixse
  16. Shah Hazvee
  17. Syafiq Abdilah
  18. Syarul Ezani
  19. Syazani Zikry