eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Telefilem Demi Masa Lakonan Faizal Hussein, Ruminah Sidek

 

Demi masa
Telefilem Demi Masa

Tonton telefilem Demi Masa arahan Izuan Mokhtar pada 15 September 2024 pukul 10 malam di TV3.

Judul: Demi Masa #demimasa
Waktu Siaran: Sabtu, 15 September 2024, 10:00 malam
Rangkaian: TV3 / tonton
Penulis Skrip: Siti Jasmina Ibrahim
Pengarah: Izuan Mokhtar
Produksi: Arie Zaharie Production
Pelakon: Faizal Hussein, Ruminah Sidek, Umar Shakur, Nadiya Nisaa, Azhar Sulaiman, Kamal Bakar

Sinopsis Demi Masa
Musa baru sahaja dilepaskan dari penjara disebabkan jenayah yang dilakukan pada masa lampau. Pelbagai perasaan menghantui hati Musa tentang penerimaan keluarga dan orang kampung. Muhammad sukar menerima Musa sebagai ayah kerana Muhammad tidak pernah berjumpa dengan Musa sejak lahir. Musa cuba sedaya upaya untuk mendekati Muhammad tetapi gagal. Perkara ini telah membuatkan Muhammad menjadikan Cikgu Laili sebagai tempat untuknya meluahkan perasaan.