Drama DI Hatiku Ada Kamu |
Nantikan drama adaptasi novel Di Hatiku Ada Kamu karya Rinsya Chasiani akan ditayangkan di platform penstriman Viu bermula 10 Oktober 2024. Drama terbitan Global Station ini menampilkan Redza Rosli dan Hannah Delisha selaku teraju utama.
Judul: Di Hatiku Ada Kamu #dihatikuadakamu
Episod: -
Tarikh Tayangan: 10 Oktober 2024
Waktu Siaran: Khamis - Jumaat, 12pm
Platform Digital: Viu
Penulis Skrip: Siti Jasmina Ibrahim
Pengarah: Azri Izhar
Produksi: Global Station Sdn Bhd
Watak Pelakon
Hannah Delisha sebagai Rian
Redza Rosli sebagai Adif
Danial Dashuki sebagai Afiq
Husna Mustaffa sebagai Mun
Natasha Roslan sebagai Rina
Tiara Suraya sebagai Nur Ain
Mahmud Alibashah sebagai Idris
Mas Anizan sebagai Rania
Hazeeq Dean
Eizlan Yusof
Raja Azmi
Lagu Tema (OST)
Lagu: Menjaga Jodoh Orang Lain
Penyanyi: Ara Johari
Lirik: Ilham Baso
Sinopsis Di Hatiku Ada Kamu
RIAN AULIA
Perkahwinan aturan keluarga? Rian tidak teragak-agak bersetuju menjadi isteri kepada lelaki yang tidak kenali untuk membahagiakan orang tuanya. Pada Rian, jodoh dia dan Adif adalah takdir. Dia menyukai lelaki itu pada saat pertemuan kali pertama.
AHMAD ADIF RAYQAL
Seorang peguam yang paling dipercayai di Idris Holding. Dia tidak menolak peluang apabila pemilik syarikat itu mahu menjadikan dirinya sebagai calon suami untuk Rian Aulia.
Namun sejauh mana hubungan itu bakal terjalin apabila ada sesuatu yang menyebabkan Adif mengangkat Rian sebagai isteri?
Adif tegar dengan rancangan balas dendamnya. Rian baginya cuma 'sementara, Tujuan utama Adif adalah untuk menghancurkan perniagaan Idris Holding. Entah mengapa, yang sementara itu berjaya menyentuh hati dingin Adif. Jatuh cinta kepada Rian tiada dalam motif dan perancangan Adif. Tetapi untuk menghancurkan wanita itu, Adif terlalu berbelah bahagi.
Adif goyah setelah si isteri memohon dan merayu simpati agar tidak menganiaya kedua-dua orang tuanya. Sedangkan dendam di hati lelaki iu tidak pernah surut walau seinci!
"Sejauh mana dendam itu?" - Rian
"Sehingga mereka kehilangan orang yang paling mereka sayang seperti aku. Dan kehilangan kau disebabkan aku." - Adif
Mampukah Rian bertahan apabila Idris Holding jatuh ke tangan Adif, dan menyaksikan kedua-dua orang tuanya dihalau dan merempat di sebuah bilik sewa usang?
Pergi dari hidup Adif tidak semudah seperti ketika mereka menganyam ikatan perkahwinan kerana sejak dari awal lelaki itu mengikatnya dengan sebuah perjanjian.