eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Telefilem Gadis Pasir Mas

 

Gadis Pasir Mas
Telefilem Gadis Pasir Mas

Nantikan Telefilem Gadis Pasir Mas pada 7 September 2024 ini,Sabtu jam 9 malam arahan Sabri Yunus hanya di RTM Tv1

Judul: Gadis Pasir Mas #Gadispasirmas
Waktu Siaran: Sabtu ,7 September 2024
Rangkaian :RTM Tv1 /RTMKlik
Penulis Skrip :Sabri Yunus
Produksi: Tanah Merah Ventures Sdn Bhd
Pelakon: Azizul Amar, Aween Ismail, Saidi Sabri, Asrulfaizal Kamaruzaman, Sabri Yunus, Zee Khan Hussein

Sinopsis Gadis Pasir Mas
Ayai terpaksa bekerja di Kelantan atas arahan pakciknya, Baba. Ayai memang tidak suka dengan Kelantan. Di Kelantan, Ayai di bantu oleh Wan Hashim seorang pekerja syarikat.

Wan Hasyim memperkenalkan Ayai dengan Siti Bainun. Siti Bainun telah membawa Ayai berjalan sekitar Kelantan dan menunjukkan adat budaya yang ada di sana. Ayai mula suka pada Kelantan kerana Ayai seorang berjiwa seni. Ayai telah berjumpa dengan ayah Siti Bainun iaitu Pok Na untuk belajar silat.

Pok Na merasakan Ayai memang begitu minat dan mula mengajarnya. Hubungan Ayai dan Bainun mendapat tentangan abangnya Iwan. Iwan telah mencabar Ayai dan mereka bertarung di gelanggang silat. Walau pun Ayai tewas, tapi dia berani menyahut cabaran itu.